INTERMOT: Koleksi gambar motosikal kustom yang menarik, dan pelik

oleh Mohamad Hanif|
Acara INTERMOT '18 (International Motorcycle Fair) yang berlangsung pada awal bulan lalu sudah pun selesai melabuhkan tirainya dengan beberapa pengenalan model baharu dan juga prototaip masa hadapan kenderaan dua roda ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berikut merupakan pertandingan AMD World Championship yang mempertaruhkan motosikal-motosikal custom daripada seluruh dunia dengan persembahan idea yang unik, kreatif dan tidak kurang juga idea yang menyenggama minda. 

Saksikan sorotan gambar-gambar dari INTERMOT '18, Cologne. 

MH900Endless dari Taiwan oleh Onehandmade. Motosikal asal - Ducati '00.

 

Motosikal binaan Zillers Garage daripada Moscow, menggunakan enjin Jawa 500 (kembang hidung seketika), transmisi BSA, dan suspensi hadapan duo-lever. 

 

Hurakan (bukan Huracan) daripada FMW Motorcycles, mengambil masa kira-kira lima bulan untuk disiapkan.

 

Motosikal cafe racer Breaking Limits daripada Callela Custom, menggunakan  2003 Harley Sportster dengan kit 1,460 cc daripada S&S. 

 

Bloody Mary, tayar hadapan bersaiz 32 inci!

 

Apophis 9942, buatan Itali dari The Raw Bike Factory. Motosikal yang sesuai untuk melanggar zombie.

 

Engina, daripada Louis Motorrad, Jerman. Cantik kemasan cat yang dipamerkan. 

 

VisiOne, daripada Itali, tampil dengan windshield yang agak pelik.

 

Smits Lightning, motosikal berkuasa elektrik 15 kW. Merupakan satu-satunya motosikal paling bersih daripada penyertaan pada tahun ini. 

 

Augustin Motorcycles bertanggungjawab membina motosikal dengan rangka yang agak unik, diselangi dengan kemasan gentian karbon dan warna emas. 

 

Quadrophenia yang dibina berasaskan motosikal Vincent 1951, menampilkan tangki bahan api dengan kemasan tembaga, dan tempat duduk balutan kulit buaya. 

Lihat paip ekzos yang cantik itu.

 

Buatan Itali yang diasaskan daripada Moto Morini 500 1979. Bagaimana rasanya duduk atas tempat duduk motosikal ini ya?

 

 

Chopper buatan Sika Garage, Finland. 

 

Beelzebub's Ditch Jumper hasil rekaan Alessio Mattiazzi, warga Itali. 

 

Indian Scout 1927 menerima hasil kerja tangan daripada American Dreams, Itali. 

 

1,700 cc V-Twin Speedster King, daripada Hungary.

Berapa pantas Speedster ini mampu capai?

 

Motosikal pacuan roda hadapan Ducati ZeroUno, lihat rantai yang dihubungkan daripada enjin ke roda hadapan. 

 

Motosikal zaman perang dunia kedua The Simpson Phantom 3 daripada Jerman.

 

Bayangkan nak pergi makan tengah hari di Kuala Lumpur tengah panas menunggang motosikal ini?

"Bang, sosej campur telur bakar 2!"

 

Solfar daripada Iceland ini menampilkan enjin V4 Honda dan menurut pemiliknya, hampir kesemua barangan dan komponen dihasilkan secara kustom. 

 

Geometric daripada Iron Custom Motors, Ukraine memperlihatkan handlebar anda dibina daripada dalam ruang roda hadapan. 

Terlalu kreatif?

 

Dibina oleh Szajba Garage, Poland, motosikal ini menampilkan enjin daripada Honda Goldwing serta sistem steer hub center daripada Yamaha GTS 1000. 

 

Lagi buatan Onehandmade daripada Taiwan, motosikal asal merupakan MV Agusta Brutale 675.

 

Revolver daripada Mechanical Workshop of Mevdevev, Moscow. Menggunakan enjin daripada Honda NX 650, manakala swingarm pula daripada VFR400. 

 

Agoo Moto daripada Korea. Saudara jauh Kenstomoto Valkyrie?

 

Stechmucke daripada Medaza Cycles.

 

Enjin 2,714 cc, tiada transmisi, tiada sebarang klac. Menurut kenyataan, hanya tayar, tempat duduk dan palam pencucuh sahaja yang diambil daripada spesifikasi asal, manakala selebihnya merupakan buatan tangan oleh Pavel Malanik. 

 

KastoLom daripada Russia, menggunakan enjin daripada Yamaha XJR1300. 

Sesuai untuk mereka yang berjiwa kental. 

 

Motosikal yang berupa seperti basikal ini dinamakan TnorF, merupakan motosikal pacuan roda hadapan dengan posisi enjin hadapan (front engine, front wheel drive, FF). 

Lihat bagaimana kedudukan enjin pada roda hadapan motosikal ini!

 

Daripada Gallery Motorcycles of Italy, Legend menampilkan fork hadapan yang boleh dilaras menggunakan pam angin berkuasa tangan yang terletak pada tangki. 

 

Wakil Malaysia di dalam acara ini, Bone X daripada Eastern Bobber.

Meraih tempat kedua dalam kategori Free Style di dalam acara AMD World Championship yang berlangsung di Cologne, Jerman. Syabas kami ucapkan!

 

Motosikal paling besar, GunBus 410.

 

Dijana menggunakan enjin daripada era perang dunia pertama, Rotec Radial R3600 sembilan silinder berkuasa 150 kuasa kuda. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antaranya ialah paparan meter digital sepenuhnya dan lampu-lampu LED. Kerangka tiub keluli itu…
Berita Global
Dalam tahun 1984, Kataana 750SE dilancarkan dan model ini hadir dengan lampu pop-up ala supercar.…
Berita Global
  S1000RR Sepatutnya dilancarkan tahun lalu, ramai yakin BMW akan melancarkan model supersport…