Integra 2023 mungkin model terakhir Acura dengan enjin pembakaran dalaman

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, model sporti Acura Integra 2023 bakal senasib dengan hot hatch Honda Civic Type R generasi baharu apabila ia dikatakan model terakhir yang didatangkan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Menurut laporan daripada Automotive News, selepas model Acura Integra 2023, Acura akan melancarkan sebuah kenderaan elektrik penuh (EV) pada tahun 2024.

Emile Korkor selaku penolong naib presiden jualan nasional Acura memberitahu Automotive News, "Menempatkan model Integra merupakan satu perkara yang penting sebagai pintu masuk sebenar kepada jenama Acura, dan model yang layak sebagai pengganti sebenar Acura yang asal.
 

Acura Integra


"Kami amat teruja dengan apa yang bakal disumbangkan oleh generasi baru (Integra) ini dalam usaha untuk membina pangkalan pelanggan setia sambil kami menuju ke arah elektrifikasi.

Tidak seperti Honda, jenama mewah Acura akan terus beralih menjadi jenama EV sepenuhnya tanpa langsung menyentuh model-model hibrid.

Baca: Acura Integra 2023

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
  Integra ini diubah suai oleh Tony Star Performance dan dibawa ke pelbagai pameran dan acara…
Berita Global
  Tidak sekadar sedan premium, Acura menghangatkan tawaran dengan memperkenalkan TLX Type S pada…
Berita Global
Dua model GAC Acura yang masih wujud - CDX dan RDX - akan terus dijual sehingga kesemua stok habis…