Insurans tidak lindungi angkup brek motosikal

oleh HEZERI SAMSURI|
Polisi insurans untuk motosikal tidak melindungi kelengkapan-kelengkapan atau komponen-komponen motosikal yang dicuri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini diterangkan kepada Careta oleh Zakri Khir, CEO untuk Allianz Malaysia Berhad.

Menurut beliau, sebarang komponen yang dicuri dari motosikal seperti angkup (caliper) brek tidak termasuk dalam polisi insuran untuk kenderaan tersebut.

 

 

"Insuran untuk kenderaan di dalam Malaysia mematuhi tarif yang sudah lama dipraktikan oleh Bank Negara Malaysia," terang beliau.

"Untuk motosikal, tarif itu tidak membenaran syarikat insuran untuk mengeluarkan polisi bagi melindungi komponen yang dicuri."

"Ini berlainan dari kereta kerana mengikut penarifan insuran kereta, syarikat insuran boleh menawarkan polisi tambahan untuk melindungi komponen kenderaan," ujarnya.

"Syarikat insuran bukannya tidak mahu menawarkan polisi yang sama untuk motosikal tetapi selagi tarif itu tidak berubah, kami tidak boleh menawarkan polisi yang sama untuk motosikal," Zakri berkata.

"Jika tarif itu berubah, Allianz pasti akan menjadi syarikat insurans yang pertama untuk menawarkan polisi tersebut", sambungnya.

Isu kecurian angkup brek motosikal sudah mula menular sejak beberapa tahun lalu. Angkup dari jenama terkenal seperti Brembo menjadi mangsa kes curi dan dipercayai dijual semula ke pasaran komponen terpakai.

Kerana ia mudah untuk dicuri, masalah itu semakin berleluasa. Kos penggantian juga ada yang sampai belasan ribu Ringgit.

Mungkin Bank Negara Malaysia yang menjaga industri insuran tempatan boleh membuat sesuatu agar ada polisi perlindungan tambahan untuk komponen-komponen yang mahal pada motosikal kerana semakin canggih jentera dua roda itu, semakin tinggi harganya.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Global
Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…