Insurans banjir - Apa pakej yang ada, berapa harganya?

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kecoh sekarang ini jalan raya di Malaysia kerap dilanda banjir. Sedang infrastruktur dibangunkan, sistem pengaliran seperti diabaikan dan memberi masalah kepada pemilik kenderaan apabila kereta mereka sangkut di dalam banjir dan tambah teruk ada yang menyebabkan kerosakan. Ramai yang tertanya, adakah mereka boleh membuat tuntutan sekiranya kenderaan rosak akibat banjir. Jawapannya, bergantung kepada pakej yang diambil. Car relief-1-2 Kami duduk bersama Pegawai Insurans Auto CIMB, Iefah Jamil untuk melihat apa pakej yang ada ditawarkan oleh bank CIMB untuk perkara ini. Sebagai tambahan kepada pakej insurans komprehensif kenderaan, CIMB turut menawarkan pakej yang digelar 'Auto Relief' yang bermula pada harga serendah RM152.05 untuk setahun (pakej A). Walaubagaimanapun, bagi kebanyakan kenderaan baru, jurujual telah memasukkan pakej tertinggi iaitu Pakej C berharga RM419.15, dengan jumlah perlindungan lebih tinggi. Car relief-2 Sekiranya perlindungan terhadap banjir yang dimahukan oleh pemilik kenderaan, inilah pakejnya dan ia adalah berbeza dengan 'special peril', yang hanya melindungi perkara berkenaan bencana alam seperti tanah runtuh atau pokok tumbang. image Jadi, di musim cuaca tidak menentu dan seperti tiada langkah yang diambil oleh pihak berkenaan untuk mengelakkan banjir, anda sebagai pemilik kenderaan mungkin mahu memeriksa kembali pakej insurans yang digunakan sekarang. Selain pakej Car Relief, CIMB juga mempunyai pakej perlindungan kenderaan tambahan lain seperti 'snatch guard' dan 'home relief'.