Insuran patut ganti brek motosikal dicuri

oleh HEZERI SAMSURI|
Careta mendengar desas desus dari pemilik motosikal yang mengalami nasib buruk kerana komponen brek motosikal mereka dicuri dan tuntutan kepada pihak insuran tidak dilayan.

Menurut mereka, pihak insuran berkata brek motosikal superbike tidak termasuk dalam polisi.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ini menghairankan kerana brek adalah antara komponen utama mana-mana kenderaan. Pihak insuran berhak untuk tidak menggantikan aksesori tambahan tetapi setahu Careta, setiap komponen asal pada kenderaan patut digantikan.

Peluang bertemu dengan Antony Lee, Pengerusi Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM) di ibupejabat mereka minggu lalu membolehkan Careta bertanya sendiri kepada beliau.

 

 

 

"If it is part of the vehicle's original component, there should not be any issue as it will be covered by the insurance," katanya yang bermaksud sekiranya komponen itu adalah sebahagian dari komponen asal kenderaan itu, tidak ada isu untuk menggantikannya.

Antony kemudian berkata dalam kes kecurian, pastikan insuran yang diambil ialah insuran komprehensif yang memberi perlindungan kepada Pihak Pertama iaitu kenderaan dan pemilik kenderaan itu.

 

Namun begitu dengan liberalisasi insuran kenderan dan juga harga komponen brek motosikal yang sangat mahal (ada yang melebihi RM20,000 untuk diganti), adalah lebih baik pemilik mengambil langkah berjaga-jaga.

Di bawah ialah antara cara-cara yang boleh dipraktikan untuk menjaga brek motosikal anda dari dicuri:

  • Parkir di tempat yang cerah dan mudah dilihat.
  • Pasang skru atau bolt khas pada angkup (caliper) brek untuk memastikan ia sukar dibuka.
  • Pasang penggera yang berbunyi kuat bila motosikal digoyang kuat.
  • Bayar valet dan parkir dihadapan pejabat sekuriti
  • Baca Bismillah dan berdoa sebelum tinggalkan motosikal.

Sementara itu jika anda mahu memilih dan membeli sendiri polisi insuran kenderaan dan polisi tambahan, layari Product Selector di laman web PIAM dan anda boleh membeli sendiri polisi insurans secara online.

Ia 10 peratus lebih murah dari membeli insurans melalui agen tetapi sekiranya anda mahukan penerangan lanjut, agen-agen insuran adalah pilihan terbaik untuk mengetahui lebih lanjut akan pakej yang ada.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Global
Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…