Inspirasi daripada litar 'Nurburgring Jepun' - Toyota 86 Hakone Edition

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahukah anda, Jepun sebenarnya sudah pun mempunyai 'Litar Nurburgring' tersendiri sebelum Toyota berhasrat untuk membangunkan litar ujian 'Nurburgring Jepun' mereka?

Baca: Toyota bangunkan Litar Nurburgring di Jepun

Hakone Turnpike (atau Mazda Turnpike) merupakan salah sebuah litar jalanan yang popular dan menjadi destinasi impian bagi mereka yang kaki kereta, dan juga pengikut siri Initial D. 

Ia sebenarnya merupakan tanah persendirian, dan anda perlu membayar tol berjumlah ¥720 (kira-kira RM27) untuk memasuki Hakone Turnpike. 
 


Ia merupakan antara litar kegemaran para pengamal media untuk menguji kenderaan-kenderaan baharu dan jentera berprestasi tinggi kerana sifatnya yang seakan-akan Litar Nurburgring yang terletak jauh di Jerman dan diiktiraf sebagai salah sebuah jalan pemanduan yang terbaik di dunia. 

Bersempena dengan nama Hakone Turnpike itu, Toyota memperkenalkan sebuah lagi model 86 yang digelar sebagai 86 Hakone Edition - dan warna kegemaran penulis iaitu Hakone Green. 
 


Warna itu sebenarnya merupakan bayangan yang paling hampir kepada warna British Racing Green yang ditawarkan kepada model untuk pasaran Jepun sahaja (Toyota 86 British Green Limited). 

Ia kemudian dipadankan dengan penggunaan rim bersaiz 17 inci yang dilayangkan dengan warna gangsa. 
 


Di ruang dalaman pula, tempat duduk balutan Alcantara dan kulit dua tona menyambut kehadiran pemandu dan penumpang, manakala papan pemuka pula menerima hiasan logo 86. 

Jahitan kontras pula banyak menguasai komponen seperti roda stereng, brek parkir dan tombol gear. 
 


Sama seperti penawaran Toyota 86 yang lain, model edisi Hakone ini masih mengekalkan nadi enjin boxer empat silinder 4U-GSE 2.0 liter (205 hp/211 Nm) yang dipadankan dengan transmisi manual atau automatik, kedua-duanya datang dengan enam nisbah kelajuan. 

Cuma sayangnya, Toyota 86 Hakone Edition ini tidak dijual di Jepun, atau mana-mana negara Asia. 

Sebaliknya, ia hanya ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat sahaja. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tatkala sebilangan besar daripadanya disimpan di dalam garaj dengan suhu yang terkawal, terdapat…