Inspirasi dari pasukan elit Navy SEAL, Luminox perkenal jam tangan siri Navy SEAL 3580

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar jam tangan Luminox kini dengan bangganya memperkenalkan siri Navy SEAL 3580, kesinambungan daripada siri yang paling laris terjual daripada koleksi Navy SEAL Luminox.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdiri daripada lima model yang berasingan, siri ini turut menampilkan beberapa ciri menarik seperti fungsi chronograph dan casis CARBONOXTM
 


Mengambil semangat kental daripada pasukan kombat paling elit di dunia iaitu US Navy SEAL, Luminox Siri 3580 ini direka dengan beberapa ciri yang diperkukuh bagi menempuh sebarang halangan dan keadaan. 

Mantera "The Only Easy Day Was Yesterday" yang menjadi pegangan Navy SEAL turut dipaparkan pada permukaan dial model XS.3581.EY.F ini sebagai inspirasi kepada mereka yang memiliki jam ini supaya lebih bersedia untuk menghadapi hari mendatang yang lebih mencabar. 

Koleksi ini turut hadir dengan pilihan warna tema tentera yang menarik seperti army green, navy blue, charcoal dan black-out
 


Casis CARBONOXTM diperbuat daripada bahan kompaun karbon yang menjadi tanda perdagangan Luminox serta penggunaan kaca mineral tempa menjadikan jam ini mampu bertahan sehingga 20 ATM tekanan di dalam air. 

Turut ditampilkan ialah Luminox Light Technology (LLT) pada 15 poin pada jam tangan ini membolehkan pengguna membaca masa menerusi sistem iluminasi yang mampu bertahan selama 25 tahun tanpa sebarang bantuan cahaya luaran. 
 


Siri Luminox Navy SEAL 3580 ini dijual setiap satu pada harga bermula dari RM2,480 dan boleh didapati di pusat membeli belah Parkson (KLCC dan Pavilion), Isetan (KLCC, 1 Utama dan KL), SOGO KL serta beberapa pengedar jam ternama. 
 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Luminox Master Carbon SEAL Automatic direka untuk menjadi sebuah jam tangan yang boleh dipercayai…
Gaya Hidup
Koleksi terbaharu itu menampilkan kombinasi tiga bahan yang berbeza, iaitu getah, keluli dan…
Berita Global
Luminox Jungle Survival Course merupakan satu program tahunan Luminox yang mengumpulkan 26 peserta…