Insiden perselisihan faham penunggang wanita Food Panda dan pemandu Vios dalam siasatan polis

oleh SALINA JALIL|
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian perselisihan faham antara seorang wanita penghantar makanan dengan seorang lelaki di Bandar Puteri, Puchong, dekat sini, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, mengesahkan pihaknya ada menerima satu laporan berhubung insiden itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

 

"Kita sudah memanggil kedua-dua pihak untuk dirakam percakapan dan hasil siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada salah faham. Tiada sebarang kecederaan dialami oleh kedua-dua pihak dilaporkan dalam kejadian itu.

 

"Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kita meminta semua pihak bertenang serta tidak mengeluarkan sebarang komen yang boleh memecahkan keamanan dan mendatangkan kegusaran awam," katanya dalam satu kenyataan.

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

 

Difahamkan, insiden kira-kira jam 4 petang itu berlaku apabila wanita menunggang motosikal terbabit dikatakan mahu memotong kereta dipandu lelaki berkenaan yang hendak membuat pusingan U di Jalan Puteri 9/1, Bandar Puteri, Puchong, sehingga didakwa membabitkan kekasaran.

 

Dua rakaman video, termasuk satu daripada kamera litar tertutup (CCTV), berhubung kejadian itu tular dalam media sosial sejak petang semalam.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Ketika kejadian, sebuah lori kontena yang dipandu seorang wanita berumur 35 tahun membuat…
Informasi
  Pesawat Hawk pertama diterima TUDM pada 1994 dan sehingga kini telah berlaku sembilan kejadian…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Bernama, laporan itu akan merangkumi cadangan-cadangan ke arah menambah…