Insiden pelajar maut terjatuh dari bas sekolah - pemeriksaan di Puspakom telah dibuat pada bulan Mei

oleh SALINA JALIL|
Berikutan insiden seorang pelajar darjah enam yang maut akibat terjatuh dari bas sekolah yang sedang bergerak, Puspakom Sdn Bhd telah menghantar laporan pemeriksaan bas sekolah selepas kemalangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada petang 10 Julai 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini adalah berikutan pemeriksaan kemalangan ke atas bas sekolah tersebut bersama dengan PDRM, JPJ dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang dilakukan pada 9 Julai 2019.

 

Puspakom tidak boleh memberi komen mengenai laporan tersebut secara lebih lanjut kerana masih dalam siasatan polis. Walau bagaimanapun, Puspakom ingin menegaskan bahawa Puspakom tidak sesekali berkompromi terhadap kenderaan yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Menurut data pemeriksaan Puspakom bagi bas-bas sekolah bagi tempoh 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2019, daripada lebih 26,000 pemeriksaan berkala bagi bas-bas sekolah, sebanyak lebih 7,300 bas sekolah atau 28% telah gagal pemeriksaan Puspakom kerana tidak mengikut piawaian pemeriksaan. 

 

Ini merangkumi bahagian atas dan bawah kenderaan, brek, sistem gantungan kenderaan, gelincir sisi, asap dan lain-lain lagi yang tertakluk dalam skop pemeriksaan. Rekod ini jelas menunjukkan bahawa Puspakom tidak sewenang-wenangnya meluluskan kenderaan yang tidak menepati skop dan piawaian pemeriksaan.

 

Bas yang terlibat dengan insiden di Kelantan baru-baru ini telah melalui pemeriksaan berkala pada bulan Mei, dan berdasarkan rekod dan gambar-gambar pemeriksaan, Puspakom telah memeriksa bas sekolah tersebut mengikut skop dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. 
Kesemua pemeriksaan pada bas sekolah tersebut adalah dalam keadaan baik.

 

Sehubungan itu, Puspakom menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian yang tidak berasas yang boleh menambahkan lagi kesedihan keluarga mangsa dan serahkan kes ini kepada pihak polis untuk membuat siasatan yang menyeluruh.

 

 

*gambar dari blog apa kata orang
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak kejadian, pasukan khidmat pelanggan Chery telah berhubung rapat dengan pelanggan dan telah…
Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…