Insiden nahas Myvi di Mambau - ayah tipu untuk lindungi anak 

oleh HEZERI SAMSURI|
Kemalangan yang mengakibatkan kematian tiga orang semalam di Kampung Mambau, Seremban menerima satu "plot twist" hebat.

Siasatan polis menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kemalangan mendapati pemandu Perodua Myvi itu terlalu muda untuk menjadi seorang warga emas berusia 61 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata siasatan lanjutan menyebabkan penahanan seorang lelaki berusia 27 tahun untuk membantu siasatan punca kemalangan tersebut.

"Berpandukan rakaman percakapan dan pengakuan lelaki berusia 61 tahun itu, beliau bukanlah pemandu sebenar kenderaan tersebut dalam kejadian itu," kata Mohd Said.

"Beliau akhirnya mengaku pemandu sebenar Myvi itu ialah anak lelakinya yang berusia 27 tahun."

Polis kemudian menahan anak lelaki warga emas itu dan dibawa ke IPD Seremban untuk siasatan lanjut. Ujian air kencing dan alkohol adalah negatif tetapi pemuda itu akan direman untuk tujuan siasatan.

Mohd Said menambah bahawa kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 419 Kanun Keseksaan.

Kelmarin, tiga individu maut setelah dilanggar oleh sbeuah Perodua Myvi. Dalma kejadian jam 6 pagi itu, Myvi tersebut melanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh Thamotharan. 44, dan pemboncengnya, S Ramadevi, 38. 

Myvi itu kemudian terpusing dan melanggar pejalan kaki, Noraniza Mohamed Amin, 44 yang sedang berjalan kaki menyusuri jalanraya tersebut.


 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…
Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Domestik
"Kita mengesan video tular memaparkan kejadian sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipandu…