Insiden LRT bertembung - khidmat guaman secara pro bono ditawarkan kepada mangsa

oleh SALINA JALIL|
Peguam Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bersedia menawarkan khidmat guaman secara pro bono kepada mangsa dalam kemalangan melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada malam Isnin.


Naib Presiden Muda, Lim Wei Jiet berkata, mereka yang terlibat mempunyai hak undang-undang untuk mendapat pampasan yang sewajarnya selepas mengalami kecederaan fizikal dan mental.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Mereka yang ingin mendapatkan khidmat guaman boleh menghubungi kami melalui [email protected],” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.


Dalam kejadian pada jam 8.33 malam Isnin, sebuah tren tidak membawa penumpang bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 orang penumpang.

 

Daripada jumlah itu, 64 orang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur di mana enam orang di tahap kritikal termasuk tiga orang memerlukan bantuan ventilasi, tahap separa kritikal (15 orang) dan tahap tidak kritikal (43 orang).

 

Semalam Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan memaklumkan bantuan khas sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada mangsa.

 

Tajuddin berkata, Prasarana turut menanggung kos perubatan mangsa yang menerima rawatan di hospital.


 

 

Sinar Harian