Insiden lori tangki terbakar - seorang pemandu treler maut

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Polis mengesahkan seorang individu maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori tangki dan dua buah treler muatan besi di Kilometer 372 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan berat yang sedang dalam perjalanan dari selatan menuju ke utara. 

“Sebuah treler dipandu Mohamad Jurid Bakar, 45, berhenti di lorong kecemasan kerana brek kenderaannya mengalami masalah. 

“Pada masa sama, rakannya, Kamarul Azwar Abu Bakar, 34, yang turut memandu treler kemudiannya berhenti di lorong kecemasan bagi membantu Mohamad Jurid,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Wan Kamarul Azran, ketika kedua-dua kenderaan tersebut mahu meneruskan perjalanan, sebuah lori tangki telah melanggar salah sebuah treler tersebut sehingga menyebabkan kedua-dua kenderaan berat itu terbakar. 

“Pemandu lori tangki tersebut maut dalam kebakaran manakala dua lagi pemandu treler tidak mengalami kecederaan. 

“Identiti mangsa maut bagaimanapun masih belum dapat dikenal pasti,” katanya. - K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…