Insiden kereta tersadai - Petronas mohon maaf

oleh Mohamad Hanif|
Berhubung kejadian yang berlaku di Stesen Petronas Solaris Besraya pagi tadi, syarikat Petronas telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada lebih 20 buah kenderaan yang mengisi bahan api di stesen tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Petronas, kejadian tersebut berpunca daripada masalah operasi pengendalian ketika melakukan pengisian bahan api ke dalam tangki simpanan bawah tanah. 

Petronas memberikan jaminan akan menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci dan Stesen Minyak Petronas Solaris akan ditutup buat sementara waktu. 
 


Berdasarkan laporan awal yang kami terima, terdapat lebih daripada 30 kenderaan tersadai di Lebuhraya Besraya hari ini seawal jam tujuh pagi dan kejadian ini dipercayai berpunca daripada pengisian bahan api daripada salah sebuah stesen minyak di lebuhraya tersebut. 

Siasatan awal Careta mendapati masalah tersebut berpunca daripada penutup tangki bawah tanah yang tidak ditutup rapat dan mengakibatkan tangki simpanan tersebut dimasuki air. 

Kepada sesiapa yang terbabit ataupun terjejas akibat insiden ini, anda diminta untuk ke stesen minyak tersebut untuk melaporkan kerosakan yang dialami atau menghubungi stesen tersebut di talian: 03-8942 2100

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mahkamah memerintahkan dia dihukum penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut dan…
Berita Domestik
Menurut laporan Berita Harian, penurunan kadar tol antara 15 sen hingga 50 sen itu dibuat selepas…
Berita Domestik
Menurut posting pihak editorial di Instagram dan Facebook rasmi Careta, pusingan U yang terletak…