Insiden kebakaran - Restoran Jejantas Sungai Buloh masih selamat beroperasi

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin mengesahkan bahawa satu kebakaran kecil telah berlaku di bahagian dapur Restoran Burger King di Restoran Jejantas Sungai Buloh kira-kira jam 6:25 petang semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walau bagaimanapun, insiden terbabit tidak mendatangkan kecederaan atau kesan terhadap kestabilan struktur bangunan.

Kejadian kebakaran kecil tersebut berjaya dikawal oleh petugas Burger King dalam tempoh beberapa minit sebelum ketibaan pasukan Bomba.

Pada ketika ini, restoran Burger King sedang ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dan penilaian lanjut dilaksanakan.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa yang berkaitan turut memaklumkan bahawa Restoran Jejantas Sungai Buloh termasuk semua gerai makanan dan minuman yang lain adalah selamat dan boleh beroperasi seperti biasa untuk pelanggan lebuhraya.

Sumber gambar: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Careta sendiri sering mencari-cari statistik dan data-data berkaitan kebakaran kenderaan dan selalu…
Berita Global
105 orang turut dilaporkan cedera akibat kebakaran tersebut, di mana 13 daripada yang cedera adalah…
Berita Global
Odunlami berkata siasatan polis mengesahkan mangsa sedang "mencedok bahan api dari lori tangki"…