Insiden kebakaran enjin United Flight 328 - Jepun arahkan henti tugas pesawat Boeing 777

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan kes kebakaran enjin melibatkan penerbangan Boeing 777 United Flight 328 tempoh hari, kerajaan Jepun kini mengarahkan syarikat penerbangan negara matahari terbit itu, Japan Airlines Co Ltd dan ANA Holdings Inc untuk menghentikan seketika penggunaan pesawat tersebut yang dilengkapi dengan enjin jenis Pratt & Whitney 4000.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Japan Today, syarikat ANA mengoperasikan 19 pesawat jenis yang sama, manakala JAL pula mengoperasikan 13 buah pesawat tersebut, walaupun penggunaan pesawat itu dikurangkan akibat wabak pandemik.

Namun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan, sebelum ini (4 Disember 2020) terdapat sebuah penerbangan JAL yang berlepas dari Naha Airport, ke Tokyo International Airport terpaksa berpatah balik akibat enjin sebelah kiri yang tidak berfungsi selepas 100 km di utara Naha Airport, Okinawa.

Pesawat yang terlibat itu dikatakan berusia 26 tahun, sama seperti pesawat Boeing 777 yang digunakan oleh United Airlines dalam insiden Sabtu lalu.

Menurut Federal Aviation Administration (FAA), United Airlines merupakan satu-satunya operator penerbangan yang masih menggunakan Boeing 777, manakala syarikat lain adalah dari Jepun dan Korea Selatan.

"Kami telah pun meneliti segala data keselamatan yang didapati berhubung insiden tempoh hari, dan berdasarkan informasi awalan, kami memutuskan bahawa pemeriksaan berkala harus dipertingkatkan terutama bagi bilah kipas berongga yang unik kepada model enjin ini.

Dalam kejadian tempoh hari, pesawat United Flight 328 jenis Boeing 777 yang dikuasakan oleh dua enjin Pratt & Whitney itu membawa 231 penumpang dan 10 orang kru menghala ke Honolulu ketika ia menghadapi kegagalan enjin berfungsi sejurus selepas berlepas.

Mujur tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Sumber: Japan Today

Berita Berkenaan

Berita Global
Careta sendiri sering mencari-cari statistik dan data-data berkaitan kebakaran kenderaan dan selalu…
Berita Global
105 orang turut dilaporkan cedera akibat kebakaran tersebut, di mana 13 daripada yang cedera adalah…
Berita Global
Odunlami berkata siasatan polis mengesahkan mangsa sedang "mencedok bahan api dari lori tangki"…