Insiden Hyundai dan GM bukti kerajaan Malaysia masih belum bersedia untuk EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Salam semua. Semoga semuanya sihat dan menuruti cadangan pihak kerajaan untuk mengekang pandemik Covid-19 dari terus merebak.

Kali ini saya terpanggil untuk menulis kerana isu panggil semula yang melibatkan lebih dari 74,000 Hyundai Kona EV dan 68,677 unit kenderaan EV dari General Motors yang menggunakan bateri LG Chem dari Korea.

Kejadian itu membuktikan bahawa undang-undang penjagaan hak pengguna sangat penting dalam kebangkitan kenderaan elektrik (EV) global.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebanyak 16 unit Kona EV terbakar hangus di Korea Selatan, Kanada dan Eropah dalam tempoh dua tahun ini dan semuanya ketika kenderaan itu sedang dicaj.

Isu kebakaran pada kenderaan EV juga berlaku untuk jenama-jenama dari GM, BMW dan juga Ford, menunjukan bahawa teknologi bateri ini masih perlu dikaji.

Namun begitu, jenama-jenama ulung di dalam dunia EV seperti Tesla, Renault dan Nissan kurang mempunyai isu tersebut. 

Ia lebih kepada jenama-jenama baharu dalam dunia EV dan dalam kebangkitan era EV, semakin banyak syarikat yang mahu menghasilkan produk tersebut.

 

 

Kekurangan laporan isu yang sama dari China tidak membuktikan bahawa produk dari negara itu selamat. 

China masih sebuah negara yang tertutup dan tidak mempunyai kebebasan media, menyebabkan berita-berita dan isu-isu produk mereka di dalam negara tidak "terbocor" ke luar. 

Namun begitu, pencarian di dalam YouTube sudah cukup untuk membuktikan ada banyak kes EV terbakar di dalam negara tersebut.

Dalam isu begini, campur tangan agensi kerajaan sangat diperlukan untuk memastikan hak pengguna dijaga.

Seramai lebih kurang 200 pemilik Hyundai Kona di Korea Selatan kini sedang menyaman syarikat kenderaan itu dan mahu meminta ganti rugi atas penurunan nilai Hyundai Kona EV mereka akibat masalah kebakaran tersebut. 

 

 

  

 

Perkara seperti ini (menyaman pihak syarikat) sangat jarang didengari di sini kerana Malaysia masih mempunyai kerajaan yang berfikiran syarikat-syarikat perlu dilindungi kerana mereka melakukan "pelaburan yang besar".

Mewujudkan akta recall atau panggil-semula adalah sangat penting, terutama bila teknologi baharu sudah mula muncul dan banyak lagi perihal teknologi itu tidak terbukti. 

Walaupun syarikat kenderaan akan melakukan kempen panggil semula, namun tiada pemantauan yang kukuh untuk memastikan kesemua kenderaan terbabit telah dipanggil semula.

product recall australia

 

Negara maju seperti Australia contohnya mewajibkan semua kempen panggil semula dilaporkan kepada pihak kerajaan dan pemeriksaan akan keberkesanan kempen itu akan dipantau dan keputusannya akan dikongsikan di dalam laman web yang boleh diakses oleh semua pengguna.

Anda boleh layari sendiri laman web tersebut di pautan di bawah ini untuk melihat senarai kesemua kempen panggil-semula oleh hampir kesemua jenama-jenama produk di Australia

https://www.productsafety.gov.au/products/transport/cars

Pihak agensi yang bertanggung-jawab mengenai kempen panggil semula pernah aktif ketika isu beg udara Takata. Selepas itu, semuanya diam membisu tetapi yang dibanggakan ialah duit yang dikaut kerana menjual nombor plet. 

Mungkin mesej tersirat ialah duit lebih penting dari nyawa kita pengguna? 

Wallahuallam. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Perjanjian itu datang selepas setengah tahun penstrukturan semula bernilai $4.2 bilion yang telah…
Berita Global
Keputusan itu telah mewakili dunia sebenar EV dalam kecekapan penggunaan dan dijangka membantu…