Insiden e-Palette: Akio Toyoda beri amaran tentang bahaya sistem swapandu

oleh Mohamad Hanif|
Presiden dan CEO Toyota, Akio Toyoda melahirkan rasa kebimbangan terhadap pembangunan sistem pemanduan autonomi yang pantas berkembang pada ketika ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Kebimbangan tersebut disuarakan selepas insiden kemalangan melibatkan sistem e-Palette yang dikatakan melanggar seorang atlit Paralimpik pada 26 Ogos yang lalu.

Menurut Akio, "Saya tidak fikir ia satu langkah yang realistik untuk membenarkan kereta swapandu bergerak secara normal di atas jalan raya biasa.

Akio turut mempersoalkan tindakan sesetengah pihak berlumba-lumba untuk membangun dan memproduksikan kenderaan dengan sistem pemanduan autonomi tahap penuh (Tahap Kelima atau SAE Level 5).
 

toyota


"Terdapat tekanan untuk menjadi pengeluar pertama yang mampu menghasilkan kereta swapandu penuh Tahap Kelima, namun ingin saya tegaskan bahawa kita tidak patut mengikut langkah tersebut.

Insiden yang berlaku di Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini telah disiasat segera oleh Toyota, di mana beberapa perubahan telah dibuat seperti contoh menempatkan pemandu gantian di setiap e-Palette selain menambah bilangan petugas di setiap persimpangan dalam perkampungan Olimpik itu.

Ini bukanlah kali pertama Akio Toyoda melontarkan pandangan kritikal terhadap pencapaian penting di dalam industri automotif.
 

bz4X


Awal tahun lalu, Toyoda mempersoalkan langkah kerajaan Jepun untuk menghentikan penjualan kenderaan konvensional dengan menyatakan Jepun bakal kehabisan tenaga elektrik pada musim panas sekiranya semua kenderaan menggunakan trenkuasa elektrik di dalam negara itu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak asing lagi, Toyoda atau dikenali dengan nama Morizo merupakan seorang yang aktif dan…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…