Insiden di Jalan Tun Sardon - DOSH arah projek dihentikan serta-merta

oleh Mohamad Hanif|
Projek pembinaan jalan yang menghubungkan antara Jalan Bukit Kukus dan Jalan Tun Sardon telah diarahkan berhenti serta merta berikutan insiden kemalangan melibatkan 14 buah tiang rasuk konkrit sepanjang 25 meter terjatuh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada 8.30 malam itu berpunca daripada operator kren yang tidak sengaja menjatuhkan salah satu daripada rasuk sehingga menyebabkan tiang rasuk yang lain turut sama terjatuh ke atas cerun bukit.

Sehingga kini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Pulau Pinang, Mohd Rosdee Yaakob berkata, kontraktor yang bertanggungjawab telah diarahkan untuk hadir ke pertemuan di pejabat DOSH esok untuk diambil keterangan. 
 


"Kami kini sedang meneliti kembali prosedur standard operasi (SOP) di tempat kejadian, dan mereka tidak dibenarkan untuk mengangkut sebarang tiang rasuk," ujar beliau. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Negeri Zairil Khir Johari berkata kontraktor tersebut telah diarahkan untuk menyediakan laporan penuh kepada DOSH. 

Projek Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu melibatkan pembinaan jalan bertingkat serta naik taraf sepanjang 1.1 km Lebuhray thean Teik dan 1.5 km Lebuh Bukit Jambul dengan kos berjumlah RM275.6 juta dan dijangka siap awal tahun hadapan. 
 


Tiga segmen jalan tersebut merupakan sebahagian daripada projek pembinaan jalan alternatif kepada Jalan Bukit Kukus bernilai RM545 juta bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jalan Paya Terubong yang menghubungkan Bayan Baru, Balik Pulau dan Air Itam. 

Ia menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam dan Lebuh Bukit Jambul melalui Jalan Bukit Kukus menerusi pembinaan U-turn bertingkat yang memudahkan mereka yang ingin membuat pusingan U kembali ke Relau. 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata kebenaran merancang bagi projek mega Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM250…
Berita Domestik
Jelas beliau, status semasa kemajuan kapal LCS merangkumi reka bentuk, pembinaan, peralatan serta…
Informasi
"Boleh sahaja kalau nak percepatkan projek ini kita bina eskalator atas tangga, macam sekarang ada…