Kejadian tersebut berlaku di wilayah selatan Guandong yang menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dan seorang pelajar sekolah menengah.
Baca: Tesla Model Y hilang kawalan, dua maut di China
Pada 1 Mac 2023, Tesla telah mengeluarkan laporan mengenai penyiasatan yang telah dilakukan tentang kejadian yang berlaku di China itu

Pemandu Tesla Model Y yang selamat dengan beberapa kecederaan itu telah ditemu bual dimana dia berkata bahawa semasa kejadian, pedal pemecut tidak disentuh langsung.
Pemandu tersebut menyatakan bahawa dia mahu memperlahankan lalu parkir EV itu, namun EV tersebut tiba-tiba memecut tanpa kawalan pada kelajuan tinggi sehingga lebih 2 km.
Pemandu tersebut berkata, "Saya telah menahan kaki saya pada pedal brek sepanjang masa sehingga saya hampir berlanggar dengan basikal roda tiga,"

Laporan Event Data Recorder (EDR) mengenai kejadian tersebut didedahkan oleh Xiao Te, pengasas komuniti Tesla tidak rasmi terbesar di China.
Laporan tersebut menunjukkan bahawa kemalangan itu melibatkan Model Y dengan kira-kira 20,000 km jarak gerak, dan pemandu itu memakai tali pinggang keledar ketika kemalangan tersebut.
Lima saat sebelum kemalangan, EV itu bergerak pada kelajuan 164kmj, dan sudut stereng berubah sebanyak 25 darjah. Sistem penstabilan badan terlibat, dan kelajuan berkurangan sedikit kepada 159 kmj.
Selepas stereng stabil, kelajuan meningkat sedikit, dan pada masa impak, kelajuan kenderaan adalah 163 kmj.

Perkara penting mengenai laporan itu ialah apabila ia menyatakan bahawa pedal pemecut sentiasa pada 100%, dan pedal brek tidak pernah ditekan.
Selain itu, fungsi Autopilot juga tidak digunakan semasa kejadian tersebut. Oleh itu, menurut data EDR, punca kemalangan disebabkan penggunaan pedal yang salah.
Walau bagaimanapun, penyiasatan penuh oleh pihak polis China masih belum selesai, dan pemandu Tesla itu juga tidak dipengaruhi oleh sebarang bahan terlarang seperti dadah dan alkohol.
Sumber: Car News China