Insentif tol, parkir dan cukai untuk pembeli dan pengguna EV Malaysia bakal diumum Julai ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Negara bakal menerima insentif menyeluruh untuk memacu sektor kenderaan elektrik (EV) bagi mengekalkan Malaysia sebagai antara negara yang menarik di rantau ini bagi pelaburan automotif.

Bernama melaporkan CEO Institut Automotif, Robotik dan IoT (MARII), Datuk Madani Sahari berkata kerajaan sebenarnya sudah lama memulakan mesyuarat dan perbincangan bagi program polisi dipercepatkan (accelerated) khusus untuk EV.
Modenas

Di bawah ialah apa yang Careta faham berdasarkan laporan Bernama mengenai isu tersebut.

  • Insentif cukai yang lebih mudah dan jelas untuk syarikat automotif
    • Buat masa sekarang, insentif EV lebih kepada pakej kustom  dan khusus untuk setiap produk yang dipohon.
    • Bagi insentif EV yang baharu, nilai insentif untuk duti eksais, duti import dan cukai jualan adalah tetap untuk semua pemain industri.
  • Insentif cukai tambahan untuk pakej yang menarik
    • Madani berkata sekiranya sebuah syarikat kenderaan mahu menawarkan pakej EV yang lebih menyeluruh dan menarik, pihak kerajaan sanggup berbincang untuk pemberian insentif yang lebih menarik dan sesuai dengan pakej yang ditawarkan.
  • Pembuat komponen EV juga akan terima insentif
    • Program penghasilan komponen juga diberi penekanan dan syarikat luar yang mahu melabur di Malaysia boleh meminta insentif dengan nilai tetap itu, dan memohon untuk insentif tambahan sekiranya ia membawa keuntungan untuk rakyat Malaysia.

 

 

  • Pembeli EV akan terima insentif cukai yang lebih tinggi
    • Polisi yang bakal diumumkan akan melihat jumlah insentif yang besar dari segi cukai jualan, duti eksais dan duti import bagi pembeli kenderaan EV. 
  • Pengguna EV terima insentif cukai jalan
    • Cukai jalan untuk kenderaan EV akan diseragamkan dan direndahkan, terutama untuk kenderaan-kenderaan EV yang berkuasa tinggi.
  • Pengguna EV akan ada skim "Green Parking"
    • Pemandu kenderaan EV bakal terima hak istimewa untuk ruang parkir. Ini mungkin dalam bentuk ruang parkir khusus untuk EV atau ruang parkir percuma di dalam kawasan-kawasan tertentu.

 

 

  • Pengguna EV boleh terima rebat tol
    • Pemandu kenderaan EV bakal menerima insentif untuk penggunaan lebuhraya bertol
  • Pemilik EV akan insentif untuk pemasangan charger
    • Pemilik EV yang bercadang untuk memasang charger sendiri di rumah juga akan menerima insentif dari segi kos pemasangan dan juga mungkin tarif elektrik yang berlainan.
  • Selain dari itu, Madani berkata polisi EV kali ini akan melibatkan genre berikut:
    • Kenderaan persendirian
    • Motosikal
    • Skuter
    • Kenderaan komersil
    • Syarikat pembuat komponen OEM
    • Syarikat pembuatan EV
    • Syarikat yang menggunakan EV sebagai produk perkhidmatan (seperti SoCar dan Grab)

 

 

Madani juga menerangkan pakej-pakej rangsangan ini adalah selari dengan objektif MARii untuk meningkatan penggunaan kenderaan generasi akan datang (NxGV) di mana EV adalah kompone utama.

MARii, sebuah agensi di bawah MITI, bukan hanya menumpukan fokus kepada penjualan dan penggunaan EV, tetapi satu set polisi dan insentif yang lebih lengkap untuk mewujudkan ekosistem EV di dalam negara.

"Ini akan melibatkan polisi dipercepatkan bagi pembinaan prasarana seperti pusat charging, fasiliti ujian untuk EV dan pelbagai lagi," terang Madani.

Madani juga mahukan polisi EV ini bukan hanya bertumpu kepada penjualan dan penghasilan produk EV, tetapi pengembangan ilmu untuk penghasilan tenaga pakar dan juga produk tempatan.

 

 

Careta turut mengikuti webinar anjuran sektor automotif Eurocham semalam bertajuk "A New Start for EV in Malaysia" di mana Madani telah berkongsi pelbagai informasi mengenai perancangan EV untuk negara.

Selain dari apa yang telah dilaporkan oleh Bernama, Madani juga berkata Malaysia sedang mengetuai perbincangan antara negara-negara Asean dalam penghasilan garis kasar bagi undang-undang kawalan asap kenderaan (emission) yang mempunyai efek mirip seperti cukai karbon di negara-negara maju.

Selain dari negara-negara Asean, Jepun dan wakil Eropah turut ada di dalam perbincangan tersebut bagi berkongsi pengetahuan teknikal mereka.

* Artikel berdasarkan laporan Bernama
** Untuk melihat penggunaan EV di Malaysia, tonton video-video Hezeri Samsuri Samsuri, satu-satunya media permotoran tempatan yang mengunakan kenderaan elektrik (EV), berkongsi kehidupan bersama Renault Zoe EV.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh menteri tenaga, Arifin Tasrif berkata, motosikal elektrik…
Berita Global
Malah, Maserati baru-baru ini turut mendedahkan beberapa keping gambar teaser yang mendedahkan…
Berita Global
Salah satu daripada kilang tersebut, fasiliti Douai bakal menjadi lokasi pemasangan kenderaan…