Insentif cukai untuk 25,000 unit kenderaan elektrik - Kelab Kenderaan Elektrik Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerajaan sepatutnya memberikan insentif yang sama diberikan kepada kenderaan EEV yang dipasang secara tempatan (CKD) untuk kenderaan elektrik sepenuhnya yang diimport masuk dari luar.

Cadangan dari Kelab Kenderaan Elektrik Malaysia (EV Club Malaysia atau EVCM) itu disampaikan oleh wakil mereka, Datuk Shahrol Halmi.

Menurut Shahrol, kajian analisis oleh Financial Times menunjukan penjualan kenderaan berenjin biasa (ICE) sudah memuncak dalam tahun 2018 dan ia akan menurun di masa akan datang.

Masalah dengan kenderaan ICE ialah ia menjadi punca pencemaran udara utama bagi bandar-bandar yang padat dengan penduduk.

"Kajian demi kajian membuktikan pencemaran udara memberikan efek jangka masa sederhana dan panjang kepada kesihatan penduduk," ujar beliau.

"Antaranya ialah kadar kecerdasan kanak-kanak yang menurun bila mereka tinggal di kawasan yang mempunyai pencemaran udara," sambung Shahrol.

 

 

Shahrol menerangkan bahawa penjualan kenderaan hibrid dan Plug-In Electric Vehicle (PHEV) menunjukan peningkatan yang drastik di Malaysia kerana insentif cukai yang sangat menarik untuk model-model tersebut yang dipasang secara tempatan.

"Kebanyakan dari model-model PHEV itu ialah dari genre kenderaan mewah dengan yang dahulunya menggunakan enjin-enjin berkapasiti besar."

"Namun begitu, penjualan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) adalah terlalu kecil - cuma 11 unit dalam tahiun 2017 dan dua unit dalam tahun 2018," Shahrol berkata.

Beliau bersetuju dengan kempen menggunakan pengangkutan awam oleh pihak kerajaan tetapi Malaysia perlu ada kempen yang lebih seimbang dalam mengurangkan jumlah kenderaan berenjin biasa di atas jalanrayanya.

"Kerana itu kami menyarankan kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan kami agar kenderaan BEV yang diimport turut diberikan insentif yang sama seperti kenderaan PHEV yang dipasang di sini."

 

 

Shahrol kemudian memberikan keterangan terperinci akan cadangan mereka itu:

  • Insentif untuk mengimport masuk Kenderaan Elektrik Bateri (BEV).
  • Jumlah BEV yang diimport dibataskan kepada 25,000 unit setahun, lebih kurang 1 peratus dari penjualan kenderaan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
  • Batasan jumlah itu boleh menjadi pendorong agar syarikat kenderaan untuk melabur di dalam negara pada masa akan datang.
  • Menggunakan peluang mengimport masuk 25,000 unit dengan insentif khas itu untuk menjadi pemangkin kepada industri EV - pembinaan pusat pengecaj, perkhidmatan servis EV dan juga pendidikan vokasional untuk menghasilkan juruteknik khusus untuk EV.
  • Mewujudkan satu platform komunikasi untuk membenarkan pengguna dan peminat kenderaan EV berkongsi pengalaman dan idea bersama pihak kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan.

EVCM mempunyai hampir 100 orang ahli dan kebanyakan mereka adalah pengguna kenderaan EV dan PHEV seperti Tesla, BMW, Mercedes-Benz dan lain-lain.

Perbincangan mereka lebih kepada perkembangan kenderaan PHEV dan EV, infrastruktur stesen pengecaj dan parkir khusus untuk EV dan PHEV serta perkongsian masalah kenderaan.

Jika anda berminat untuk menyertai kumpulan EVCM, anda boleh hantar mesej kepada kami di laman Facebook Careta.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…