Inkas Mercedes-Benz G63 Limo kalis peluru - $1.2 juta sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Inginkan sebuah kenderaan yang luas, besar serta kalis peluru?

Inkas, sebuah syarikat pakar pembuat kenderaan berperisai berpangkalan di Kanada telah memperlihatkan sebuah limo yang menggunakan asas sebuah Mercedes-AMG G63 yang telah dipanjangkan dan dilengkapi dengan perisai keselamatan yang tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

G-63 yang telah dipanjangkan itu kini berdimensi 6,186 mm panjang, 2,055 mm lebar dan 1,921 mm tinggi yang memberikan ruang dalaman kabin yang serba luas memuatkan hanya dua orang VIP sahaja. 

 


Menampakkan lagi kemewahan pada ruang kabin, ia ditampilkan denan kemasan ultra-premium Alcantara suede pada kebanyakan bahagian dan selebihnya disudahi dengan kemasan kulit eksotik. 

Syarikat Inkas dikhabarkan menggunakan teknik sulaman serba baharu yang mampu menambah tahap kelasakan, dan memanjangkan hayat penggunaan bahan di bahagian kabin. 
 


Sistem hiburan menampilkan sebuah paparan UHD berdefinisi 4K dengan sistem sokongan Apple TV, arahan melalui kawalan suara Apple Siri, peti sejuk terbina dalam dan kerusi jenis kapten yang boleh dibaringkan sepenuhnya dan terdapat ciri urut terbina dalam. 

Bagi memberikan lebih privasi dan keselesaan, terdapat kawalan lampu yang dibina khas untuk menyerupai cahaya matahari sebenar bagi mengurangkan kadar kepenatan VIP di dalam kabin. 
 

Inkas G-63 ini didatangkan dengan sistem keselamatan seperti kawalan perimeter infrared dan kamera peka haba yang mampu merekod pemanduan sebelum data tersebut disimpan menerusi server awan (cloud server) yang paling selamat.

Manakala sistem perisai pula cukup lengkap dengan penggunaan kaca balistik dan perisai tahap CEN 1063 BR7 yang mampu menahan serangan daripada sebuah raifal 7.62 mm berkuasa tinggi. 

 

 

Bagi mereka yang inginkan perlindungan ketika perjalanan menemui rakan-rakan VIP, Inkas hanya meminta wang sebanyak $1.2 juta (RM4.9 juta) sahaja untuk modifikasi lengkap sebuah Mercedes-Benz G63 Limo kalis peluru. 

Paling tidak, wang bukan sebahagian daripada masalah anda sekiranya mahukan perlindungan yang lebih dan pastikan anda bukannya lari daripada pinjaman ah long. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Dartz, warna jingga yang digunakan ialah warna bertuah yang akan membawa kekayaan dan…
Berita Domestik
  “Setakat ini, tender antarabangsa yang dibuka itu akan mengambil alih fungsi kereta perisai lama…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mildef, Datuk Sri Mohd Nizam bin Kasa (gambar di bawah), ujian-…