Inisiatif terbaharu Volkswagen Cares untuk penjimatan kepada pemilik sedia ada

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini memperkenalkan beberapa tawaran selepas jualan di bawah inisiatif Volkswagen Cares dalam usaha meringankan beban para pemilik kereta sepanjang tempoh yang sukar ini.



Pelan-pelan kos efektif ini dapat membantu pemilik kenderaan Volkswagen untuk memastikan kos pemilikan kekal mampu milik. Pada masa yang sama meningkatkan pengalaman pemilikan mereka.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pembiayaan Fleksibel dengan Pelan Pembayaran 0% untuk Kos Selepas Jualan

 

Para pemilik kenderaan kini boleh memilih untuk membayar bil secara ansuran sama ada enam atau 12 bulan dengan kadar faedah 0 peratus apabila menggunakan kad kredit. Ini sah untuk semua bentuk kerja pembaikan dan servis yang ditawarkan di pusat servis terpilih Volkswagen. 

 

Walaubagaimana pun anda dinasihatkan untuk merujuk syarat dan terma spesifik mengenai pelan pembayaran ini dengan pengedar kereta mereka.

 

 

Diskaun Servis 20% untuk Ahli VCP (Volkswagen Care Plus)

 

 

Ahli VCP akan menikmati lebih banyak penjimatan menerusi promosi- promosi ini. Mereka layak untuk mendapat tiga baucar rebat 20 peratus untuk servis penyelenggaraan. Baucar tersebut boleh digunakan bermula tahun kelima servis dan diikuti oleh dua servis lagi dalam tempoh tiga tahun. 

 

Selain itu, ahli VCP juga akan menerima bantuan tepi jalan secara percuma untuk dua tahun (tertakluk kepada terma dan syarat).

 

 

Diskaun 30% untuk Pakej Pembaikan Volkswagen

 

Pemilik VW akan menikmati diskaun sehingga 30 peratus untuk pakej pembaikan terpilih apabila membaiki kereta di pusat servis sah Volkswagen. Tetapi ia tertakluk kepada model-model Volkswagen yang berusia lebih dari lima tahun.

 

 

Faedah Volkswagen Insurance Plan (VIP)

 

Para pemegang polisi VIP akan menerima perlindungan komprehensif dan pelbagai perkhidmatan nilai tambah tanpa perlu membayar sebarang kos berlebihan. Selain itu, terdapat jumlah yang dipersetujui dan nilai yang diinsuranskan untuk kenderaan sehingga 10 tahun sekiranya berlaku kerugian keseluruhan. 

 

Antara kelebihan VIP termasuklah diberi keutamaan dalam kelulusan tuntutan, kelulusan penggantian cermin depan dalam masa dua jam, bantuan tepi jalan dengan perkhidmatan menunda kecemasan 24 jam, serta jaminan setiap kerja pembaikan dijalankan di pusat badan dan cat Volkswagen yang sah.

 

Ia mematuhi standard pembaikan Volkswagen dan hanya menggunakan alat ganti tulen.

 

Para pelanggan juga digalakkan untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik Car Advisor yang akan dikongsi oleh pengedar selepas selesai setiap servis. Ia bagi membolehkan Volkswagen untuk terus menambah baik aspek pengurusan pengalaman pelanggan mereka.

 

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…