Inisiatif EV Malaysia - jangan jadi pusat pembiakan gajah putih

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengumuman inisiatif EV dalam Rancangan Malaysia ke-12 yang membawa negara ke dunia alaf baru dengan sasaran negara neutral karbon nampaknya berjaya meningkatkan minat industri automotif terhadap teknologi tersebut.

Pemberian insentif cukai yang cukup baik juga berjaya menaikan minat di kalangan pengguna, di mana ramai yang mula bertanya berkaitan apa itu EV dan penggunaannya.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Namun begitu, kita juga perlu faham bahawa akan ada yang berminat kerana mahu mencari keuntungan jangka pendek. Ini normal di mana-mana dan adalah menjadi tugas kerajaan dan juga pengguna sendiri untuk menilai "kejujuran" sebuah projek itu.

Dalam tahun 2016, Malaysia menjadi negara pertama di Asean yang menunjukan minat yang serius terhadap EV. Dengan inisiatif cukai yang menarik, ia membawa beberapa pelancaran EV unit CBU ke dalam negara.

Renault Zoe adalah salah satu contoh, tetapi sayang sekali, tidak ada tindakan "follow-up" yang kukuh dari mana-mana pihak untuk menggunakan inisiatif yang diberikan dan akhirnya, hanya kenderaan-kenderaan hibrid yang popular.

Harga kenderaan hibrid yang lebih rendah disamping tidak memerlukan perubahan dari gaya hidup menjadikan segmen itu sebagai satu "low hanging fruit" untuk menunjukan "kejayaan" negara.

 

 

Pada pengujung tahun 2016, negara mengumumkan pelancaran EV CKD dari BAIC, syarikat automotif dari China (gambar atas, dari AutoBuzz.my). Pada masa itu, saya sendiri sangsi dengan pengumuman tersebut kerana kenderaan yang bakal dipasang di Malaysia itu mempunyai tiga masalah besar:

  1. Nama yang langsung tidak dikenali 
  2. Rekabentuk yang mengimbau kenangan Zaiton Sameon menerima Anugerah Juara Lagu tahun 1987
  3. Langsung tidak ada usaha untuk memastikan rakyat faham apa itu kelebihan EV
  4. Kelebihan untuk EV sebenarnya tidak wujud kerana harga bahanapi yang murah di Malaysia.

Akhirnya, projek itu tersadai, menjadi ahli Kelab PGPM (Projek Gajah Putih Malaysia).

Adakah kita harus membuang terus cita-cita kita untuk negara dari mencapai kejayaan di dalam dunia EV?

Semestinya tidak, cuma kita perlu pastikan bahawa projek-projek yang dilancarkan itu mempunyai laporan semasa yang dikongsi bersama rakyat. Mungkin agensi yang berkaitan memberikan laporan berkala mengenai perkembangan yang sedang berlaku.

 

 

 

Contohnya, kita boleh lihat pengumuman inisiatif pemasangan stesen pengecaj EV oleh beberapa pihak. Ini ialah satu berita yang baik dan memang ada peningkatan dari segi stesen pengecaj.

Pekema contohnya telah menambah stesen pengecaj mereka. Walaupun masih jauh lagi dari sasaran 1,000 unit di seluruh negara, namun laporan dari PaulTan menunjukan ada perkembangan. 

Saya sarankan setiap projek yang berkolaborasi bersama agensi kerajaan perlu membuat laporan bulanan dan dikongsikan bersama media tempatan agar pengguna melihat perkembangan projek-projek tersebut. 

Berita pelancaran yang terlalu kerap tanpa laporan semasa mengenai perkembangannya akan hanya membuat pengguna rasa tertanya-tanya.

 

 

Laporan semasa secara terbuka juga boleh menjadi satu usaha pengawasan agar projek yang dimulakan itu benar-benar dilakukan dan sebarang masalah perlu dilaporkan.

Dalam kita mahu mengejar kejayaan seperti negara-negara Eropah, jangan kita hanya melihat hasil kejayaan sahaja tetapi menolak ke tepi proses-proses yang "menyusahkan".

Maksud kerajaan ialah pengurusan wang cukai dari rakyat, di mana rakyat ialah pelanggan utama. Kepuasan hati rakyat perlu lebih tinggi dari ahli politik dan rakyat pula perlu bijak untuk berlaku keras - untuk menolak ahli politik yang terbukti hanya mampu menjaga kawasan tempatan sahaja tetapi gagal berfungsi bila sampai ke tahap nasional.

Nanti saya akan bercerita pula tentang isu berikan harapan palsu kerana EV, seperti semua benda lain di dunia ini, mempunyai batasan-batasan teknologi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam perkembangan terkini, pengeluar jenama Britain yang kini dimiliki oleh Geely itu mengumumkan…
Berita Domestik
"Malaysia adalah lokasi yang sangat menarik, kita adalah pengeksport produk semikonduktor keenam…
Berita Domestik
"Tujuan kami ingin membantu dan memudahkan Perodua adalah kerana kami ingin menjadikan EV sebagai…