Inisiatif e-kredit bakal bantu pelajar IPTA pulang ke Sabah, Sarawak

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto Hiasan
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, inisiatif e-kredit akan diperkenal bagi membantu pelajar Sabah dan Sarawak di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk pulang ke kampung sempena perayaan atau cuti semester.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inisiatif itu bakal dilaksanakan pada Ogos depan dan dijangka dilancarkan sebelum Hari Kemerdekaan.

Semasa pelancaran MYAirline Double Take-Off di KLIA 2 hari ini, Loke berkata, “Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan tahun ini mempunyai inisiatif bantuan tiket kapal terbang kepada mereka dan akan dikreditkan ke akaun masing-masing."

“Sistem tersebut sedang dibina dan memerlukan sedikit integrasi daripada syarikat penerbangan untuk membantu pelajar IPTA. Mereka boleh menggunakan kredit tersebut untuk membeli tiket kapal terbang,”

Menurutnya, sekiranya syarikat penerbangan terbabit menawarkan diskaun, ia amat berbaloi dan dapat meringankan beban pelajar.

Tambahnya, pelajar Sabah dan Sarawak yang  menuntut  di Semenanjung dianggar mencecah lebih 50,000 orang, dimana kebanyakannya kurang berkemampuan membeli tiket penerbangan pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Kita harap dengan bantuan ini dapat membantu meringankan beban golongan B40. Pelancaran e-kredit ini akan memberi manfaat kepada 50,000 pelajar Sabah dan Sarawak,” katanya.

 

Sumber: Buletin TV3