Inilah dia Volkswagen Golf Mk8 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Penantian seluruh peminat Volkswagen Golf akhirnya tamat hari ini apabila Volkswagen secara rasmi melancarkan generasi kelapan (Golf Mk8).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti kebiasaan di dalam pembangunan setiap generasi Golf, Volkswagen tetap mengekalkan beberapa elemen rekaan yang diwarisi dari Golf terdahulu, namun sentuhan moden tetap tidak dilupakan. 

Atas kertas, Golf generasi kelapan memiliki dimensi 1,685 mm panjang dan 1,460 mm tinggi dengan jarak antara roda sepanjang 2,840 mm, peningkatan daripada jarak antara roda pada Golf Mk7 (2,637 mm).

 


Dari segi luaran, rekaan lampu hadapan yang tajam kini dilembutkan dan lampu tirus LED IQ. Light tersebut mengapit rekaan gril hadapan yang kini lebih tipis dimensinya. 

Logo Volkswagen yang baharu juga turut ditampilkan pada model Golf Mk8 ini. 

Rekaan bumper telah dikemas kini dengan ruang kemasukan aliran udara yang besar di tengah, serta hiasan yang lebih agresif. 

 


Profil sisi Golf ini juga memiliki garisan yang lebih dinamik menerusi pemegang pintu terus ke bahagian belakang, tanpa menyebabkan bentuk yang aneh kepada hatchback ini. 

Rekaan lampu belakang LED juga kini tampil lebih menarik dan tirus, manakala emblem Golf kini dialihkan ke bahagian bawah logo baharu Volkswagen di ruang tersebut. 
 


Perubahan yang besar juga boleh dilihat di bahagian kabin di mana komponen seperti papan pemuka rekaan bertangga dan stereng juga kini menerima unit serba baharu. 

Bukaan corong aliran udara sejuk juga menerima sentuhan baharu yang diselangi dengan elemen metalik. 

Paparan informasi untuk pemandu dipancarkan menerusi skrin digital dan diteruskan dengan unit infotainmen yang cukup besar dan menegak di ruang tengah papan pemuka. 
 


Unit kuasa yang didatangkan pada Golf Mk8 terdiri daripada enjin 1.0 liter tiga silinder, serta dua unit enjin empat silinder sebaris 1.5 liter dan 2.0 liter. 

Memandangkan Volkswagen kini mempunyai keluarga EV tersendiri (ID.3), Golf generasi kelapan ini tidak ditawarkan dalam trenkuasa elektrik (e-Golf), namun Volkswagen tetap menawarkan varian GTE, iaitu versi plug-in hybrid yang menggandingkan enjin petrol dan motor elektrik. 

Tidak dilupakan, versi Golf yang lebih berkuasa iaitu varian GTI yang bakal menerima nadi empat silinder sebaris 2.0 liter turbo berkuasa 232 hp. 
 


Ini akan diikuti oleh varian GTI Cup dengan 286 kuasa kuda dan Golf R yang mampu menghamburkan 325 kuasa kuda!

Spesifikasi lanjut akan diketahui dalam masa terdekat. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada dimensi badan yang lebih panjang berbanding Golf hatchback, lampu belakang serba…
Berita Global
Dalam satu laporan daripada Automotive News Europe, Volkswagen terpaksa menghentikan sementara…
Berita Global
Salah satu cara yang lazim digunakan adalah menggunakan lampu amaran yang terletak di dalam cermin…