Ini status panggilan semula peledak beg udara Takata - Masih ramai perlu tunai t'jawab mereka

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ini status panggilan semula peledak beg udara Takata - Masih ramai yang belum tunai t'jawab!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Honda Malaysia boleh dikatakan sebagai pengeluar yang sentiasa aktif dalam menangani isu peledak beg udara Takata dalam kenderaan mereka. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, penggantian peledak beg udara ini sangat kritikal memandangkan ia sudah pun melibatkan kematian dan kecederaan di peringkat dunia dan Malaysia sendiri.

Ini pula kemaskini terbaru mengenai status panggilan semula melibatkan kenderaan Honda.

Status stok peledak beg udara Takata

  • Sehingga 29 Jun 2017, proses penggantian peledak beg udara Takata pada bahagian pemandu telah mencapai 80.2 peratus
  • Sehingga tempoh yang sama juga, stok peledak beg udara Takata bahagian pemandu dan penumpang depan sisi adalah sebanyak 100 peratus
  • Walau bagaimanapun, proses penggantian beg udara Takata bahagian penumpang sisi depan baru mencapai 55.9 peratus

Pusat penukaran
 

Klik imej untuk besarkan

Klik untuk besarkan imej

 

  • Honda Malaysia terus komited bagi memudahkan pelanggan dalam proses ini. Pemilik boleh membawa kenderaan mereka ke pusat membeli belah terpilih seluruh negara dan juga program jelajah bergerak di pusat membeli belah pada setiap hujung minggu sepanjang Julai ini
  • Pusat penukaran itu adalah tambahan kepada pusat servis bertauliah Honda dan stesen minyak terpilih Petronas
  • Sepanjang kempen ini, stesen minyak Petronas turut menjadi tumpuan ramai pemilik kenderaan Honda untuk menukar peledak beg udara dan Honda Malaysia berterima kasih kepada Petronas Dagangan Berhad (PDB) di atas kerjasama ini
  • Agar proses ini lebih mudah, Honda Malaysia akan menambah beberapa lagi lokasi penukaran di pusat membeli belah seluruh negara bermula 8 Julai 2017

 

Klik untuk besarkan imej

 

Untuk menukar peledak beg udara yang terjejas, pemilik boleh membuat temu janji di pusat servis bertauliah Honda.

Jika tidak mahu membuat temu janji, pandu sahaja kenderaan (kecuali Honda Civic Type R) ke hab penukaran di pusat membeli belah dan stesen minyak Petronas terpilih. 

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, pemilik kenderaan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2020. Pemilik juga boleh memeriksa status panggilan semula di laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Klik untuk besarkan imej

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…