Ini sejarah Mazda MX, dari MX-81, MX-5, MX-6 dan macam-macam lagi!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Di antara model Mazda yang popular ialah MX-5. Model roadster itu pertama kali diperkenalkan pada 1989 dan merupakan satu fenomena.

Ringkas, pacuan roda belakang dan pada harga berpatutan. Roadster seperti MX-5 berada di dalam segmen niche dan keberanian Mazda layak dipuji.

Menariknya Mazda sentiasa mempunyai model pengganti MX-5 dan anda boleh memiliki unit baharu di bilik pameran termasuk di negara kita.

Meneliti sejarah, MX-5 bukan model pertama Mazda yang menggunakan nama MX. Ada lagi dengan yang pertama pada tahun 1981 iaitu Mazda MX-81 Aria Concept.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mazda MX-5 generasi pertama

 

Kereta konsep itu direka oleh firma Itali Bertone dan menggunakan komponen mekanikal daripada Mazda 323.

Di antara ciri menarik MX-81 ialah bahagian dalaman dengan skrin TV dan kerusi depan yang boleh berpusing.

Hubungan Mazda dengan Bertone terus terjalin untuk tahun-tahun seterusnya dan beberapa elemen seperti lampu belakang pada kedudukan tinggi dan lampu utama pop-up digunakan pada model Mazda era 80an.

1. Mazda MX-02, MX-03, MX-04

Selepas memperkenalkan MX-01, Mazda tampil lebih hebat dengan tiga model konsep iaitu MX-02, MX-03 dan MX-04.

MX-02 diperkenalkan pada 1983 dengan ciri menarik seperti tingkap pintu besar, penutup rim belakang aerodinamik dan paparan head-up pada cermin depan.

Pada 1985 Mazda sekali lagi tampil dengan model konsep susulan yang dikenali sebagai MX-03.

 

Mazda MX-02 1983
Mazda MX-02 1983

 

Ciri sport jelas pada model ini dengan kuasa 315ps dari enjin tiga rotor dan pacuan semua roda. MX-03 juga canggih dengan paparan digital dan head-up.

Badan kereta coupe dengan bentuk rendah dan panjang menghasilkan angka Cd yang rendah iaitu hanya 0.25.

Di mana MX-02 dan MX-03 berkongsi beberapa ciri reka bentuk futuristik, model konsep MX-04 yang diperkenalkan pada 1987 pula sangat berbeza.

Di antara ciri unik MX-04 ialah panel badan gentian karbon yang boleh buka pasang. Bukan satu tetapi dua set berbeza.

 

Mazda MX-04 1987
Mazda MX-04 1987

 

Panel badan MX-04 boleh ditukar dari coupe berbumbung kaca kepada buggy pantai. Model ini memang menarik tetapi ia bukan untuk dikeluarkan secara massa. 

Pada masa itu Mazda sudah pun membangunkan MX-5 dan ramai yang tidak tahu mengenainya.

Dua tahun kemudian, generasi pertama MX-5 dilancarkan dan siri MX paling terkenal sehingga sekarang.

2. Mazda MX-3, MX-6

 

Mazda MX-3
Mazda MX-3

 

Mazda MX-3 dijual di pasaran dari 1992 hingga 1993. Model ini berbeza dengan MX-5 dan mempunyai gaya badan coupe hatchback empat tempat duduk.

Satu lagi ciri utama MX-3 ialah enjin 1.8 liter dengan susunan V6 produksi massa paling kecil di dunia. Di sini boleh dilihat Mazda bukan syarikat konvensional sejak dulu lagi.

Selepas MX-3, Mazda tampil pula dengan coupe lebih besar iaitu MX-6. Model ini didatangkan dengan idea sebuah coupe besar bergaya premium pada harga sebuah kereta penumpang keluarga.

 

Mazda MX-6 1991
Mazda MX-6 1991

 

3. Mazda MX-Sport Tourer

Memasuki kurun ke-21, model MX kembali kepada kereta konsep. Mazda tampil dengan sebuah konsep MPV radikal yang dikenali sebagai MX-Sport Tourer pada tahun 2001.

MPV ini direka dengan pintu freestyle dan bentuk badan landai ke belakang. Idea yang dibawa ialah MPV tanpa reka bentuk berkotak atau membosankan.

Dari situ Mazda5 diasaskan atau lebih hampir kepada model konsep MX-Flexa yang diperkenalkan pada tahun 2004. Dua model ini berkongsi pintu belakang jenis gelungsur.

 

MX-Sport Tourer

 

4. Mazda MX-Sport Runabout, MX-Sportif, MX-Crosssport

Mazda2 generasi kedua adalah model yang hebat. Kenapa? Model ini diiktiraf sebagai Kereta Dunia Tahunan 2008 mengalahkan 38 pelbagai jenis model.

Mazda2 terlebih dahulu dipertontonkan melalui model konsep MX-Sport Runabout pada 2002 dan tahun berikutnya Mazda3 pula dibayangkan melalui model konsep MX-Sportif.

 

Mazda MX-Sport Runabout

 

Satu lagi model konsep yang menarik ialah MX-Crossport tahun 2005. Model konsep ini dipengaruhi oleh RX-8 dengan arka roda mengembang dan lampu depan tirus.

Walaupun dipengaruhi RX-8, model konsep ini dengan jelas membayangkan SUV bergaya CX-7.

5. Mazda MX-30

Setelah bertahun-tahun nama MX digunakan sebagai model konsep, akhirnya Mazda menggunakan semula untuk model produksi. Nama MX diberi penghormatan untuk digunakan pada model elektrik pertama Mazda iaitu MX-30.

Dari segi reka bentuk, MX-30 nampak berbeza dengan model terkini Mazda dengan falsafah KODO.

 

Mazda MX-30

 

Pereka Mazda memaklumkan MX-30 adalah objek yang meneroka sempadan KODO dan apabila diamati model-model konsep MX terdahulu ternyata ia satu lagi pengembaraan yang biasa diteroka Mazda.

Mazda, di sebalik penjenamaan yang sederhana sebenarnya mempunyai legasi dan warisan menarik.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…