Ini punca kenapa Honda tutup kilang di UK dan Turki

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebelum ini dunia automotif digegarkan dengan berita bahawa Honda bakal menghentikan operasi pengilangan di United Kingdom.

Berita yang sukar dipercayai kerana Honda mempunyai reputasi baik dan baru sahaja mencatatkan prestasi jualan cemerlang pada tahun 2018.

Selain itu, keputusan sedemikian jarang dibuat Honda dan spekulasi yang timbul adalah kerana BREXIT (hasrat UK untuk keluar dari EU).

Tanpa menunggu lama dan untuk menghentikan spekulasi, Honda mengeluarkan kenyataan rasmi pada 19 Februari.

Jawapannya?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda Civic Type R

 

Benar, Honda bakal menghentikan operasi pengilangan di United Kingdom dan suatu yang mengejutkan apabila kilang di Turki turut terlibat.

Alasannya ialah Honda mahu menstrukturkan semula rangkaian pengilangan global.

Penstrukturan tersebut dibuat dalam masa Honda menggiatkan komitmen dalam kereta elektrifikasi (elektrik, PHEV dan lain-lain) yang juga sebagai respon kepada industri automotif global.

Cabaran besar dalam elektrifikasi bakal menyaksikan Honda merombak semula operasi pengilangan global dan menumpukan aktiviti syarikat di rantau yang mana mereka jangka akan mempunyai jumlah pengeluaran tinggi.

Oleh itu, Honda UK Manufacturing Ltd. pada 19 Februari telah mengumumkan kepada para pekerja mengenai rancangan untuk menutup kilang pengeluaran kenderaan di Swindon pada tahun 2021.

Tahun 2021 merupakan tempoh terakhir kitaran penawaran Honda Civic Hatchback.

 

Honda Civic Type R

 

Kilang di Swindon sekarang ini mengeluarkan 150,000 kereta setahun dengan jumlah pekerja sebanyak 3,500 orang.

Aktitivi perundingan bersama pekerja yang bakal terjejas juga dimulakan pada hari pengumuman ini dibuat.  

Penstrukturan global ini turut melibatkan operasi kenderaan Honda di Turki. 

Honda Turkiye A.S sekarang ini mengeluarkan 38,000 unit kenderaan dan syarikat akan menghentikan pengeluaran Civic sedan pada tahun 2021. Turki adalah pusat pengeluaran Civic sedan untuk pasaran Eropah.

Walaupun operasi pengilangan dihentikan, Honda berhasrat untuk meneruskan lagi operasi bisnes di sana.

Honda Turkiye A.S. akan terus mengadakan dialog konstruktif bersama dengan pemegang taruh di Turki dalam tempoh ini.

 

Honda Civic Sedan

 

Honda akan terus menjadikan UK sebagai ibu pejabat operasi untuk benua Eropah dan fokus kepada memenuhi keperluan pelanggan di sana. 

Ternyata ini keputusan yang sukar kerana Honda telah lama beroperasi di kedua-dua negara tersebut lebih lagi di UK.

Terima kasih Swindon untuk Honda Civic Type R Made in UK!

Berikut ialah butiran ringkas mengenai operasi Honda di UK dan Turki:

Honda of The U.K. Manufacturing Ltd.

Tahun penubuhan : Februari 1985
Lokasi : Swindon, Wiltshire, UK
Modal : £670 juta
Nisbah modal : 13.7% Honda Motor Co., Ltd., 86.3% Honda Motor Europe Ltd.
Wakil : Jun Nishimoto, Pengarah Urusan
Perniagaan : Pengilangan kenderaan dan enjin
Pekerja : Sekitar 3,500
Mula produksi : 1989 (enjin), 1992 (kenderaan)
Model keluaran :  Civic Hatchback, Civic Type R

Honda Turkiye A. S.

Tahun penubuhan : April 1992
Lokasi : Kocaeli, Turki
Modal : 280 juta TRY
Nisbah modal : 100% Honda Motor Europe Ltd.
Wakil : Takuya Tsumura, Presiden
Perniagaan : Pengilangan dan jualan kenderaan, penjualan motosikal
Pekerja : Sekitar 1,100
Mula produksi : 1997(kenderaan)
Model keluaran : Civic Sedan

 

Honda UK

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…