Ini Nissan Versa 2021 AS, apa beza dengan Almera tempatan?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Versa
Nissan Versa
Pengguna tempatan kini sudah boleh memiliki Nissan Almera baharu yang ditawarkan dengan pakej dan harga menarik. Dari maklum balas di media sosial nampaknya ramai yang positif dengan reka bentuk serba baharu Almera.

Sedan segmen B ini adalah produk global Nissan dan dijual di banyak buah negara. Di Amerika Syarikat misalnya Almera dikenali sebagai Versa.

Almera generasi ketiga yang dijual di negara kita juga ditawarkan di sana. Dari segi susunan, Almera baharu adalah dari generasi keempat manakala Versa pasaran AS pula mewakili generasi ketiga.

Sebelum ditawarkan di negara kita pada November 2020, Versa terlebih dahulu diperkenalkan di AS pada April 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Versa

 

Kini tahun kedua di pasaran, Nissan memperkenalkan Versa 2021 untuk pasaran AS. Apa bezanya? Dari luar nampak sama sahaja dan belum masa untuk model facelift.

Versa 2021 pasaran AS (USDM) ditawarkan dalam tiga varian iaitu S dengan transmisi lima kelajuan manual atau Xtronic, SV dan paling sporti SR di mana kedua-duanya tanpa transmisi manual.

Sama seperti varian Nissan dengan logo SR, Versa SR dilengkapi roda aluminium-aloi 17 inci, lampu utama LED, lampu kabus dan pelbagai lagi.

Pengguna yang mahu lebih kelengkapan boleh dapatkan SR Convenience Package yang lengkap dengan fungsi pemanas pada kerusi depan, Kawalan Suhu Automatik dan Kawalan Jelajah Pintar.

 

Nissan Versa

 

Pada bahagian dalaman, Versa USDM dilengkapi stereng bentuk D, skrin sentuh 'terapung' tujuh inci dan kerusi belakang dengan pisahan 60/40.

Dari segi kuasa, Versa USDM berbeza dengan Almera yang digerakkan enjin 1.0 liter turbo. Versa menggunakan enjin 1.6 liter 122 hp dan tork 154 Nm.

Sebagai perbandingan, Almera 1.0 turbo dengan transmisi Xtronic mempunyai output 98 hp (100 ps) dan tork 152 Nm.

Dari segi keselamatan kesemua varian Almera pasaran tempatan dilengkapi teknologi Amaran Pelanggaran Depan dan Brek Kecemasan Depan Pintar atau AEB.

Almera VLP ekstra dengan Kawalan Jelajah, Monitor Sekeliling Pintar dengan Pengesanan Objek Bergerak, Amaran Titik Buta dan Peringatan Lintasan Trafik Belakang.

 

Nissan Versa

 

Versa USDM varian SV dan SR pula dilengkapi teknologi Nissan Safety Shield 360 yang merangkumi Brek Kecemasan Automatik dengan Pengesanan Pejalan Kaki, Brek Belakang Automatik, Amaran Penukaran Susur, Bantuan Lampu Puncak, Amaran Titik Buta dan Peringatan Lintasan Trafik Belakang.

Turut ditawarkan ialah Peringatan Pintar Pemandu dan Kawalan Jelajah Pintar.

Berikut ialah harga (MSRP) Nissan Versa 2021 (sebelum OTR):

Model/Enjin/Transmisi

Harga 

Versa S 1.6 5MT

$14,930 USD / RM61,638

Versa S 1.6 Xtronic

$16,600 USD / RM68,533

Versa SV 1.6 Xtronic

$17,740 USD / RM73,239

Versa SR 1.6 Xtronic

$18,340 USD / RM75,716

Yuran destinasi dan pengendalian $925 / RM3818.

 

Nissan Versa

 

Berikut pula harga Nissan Almera pasaran tempatan (tanpa SST, sebelum OTR, tidak termasuk takaful):

Model/Enjin/Transmisi

Harga

Almera Turbo VL

RM79,906

Almera Turbo VLP

RM85,715

Almera Turbo VLT

RM91,310

 

Nissan Versa

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Nissan

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…