Ini merupakan Volvo XC90 paling selamat di dunia - kalis peluru dan letupan!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo terkenal dengan tahap konsisten dalam menghasilkan model-model kenderaan (SUV, wagon dan sedan) yang selamat.

Ini boleh dibuktikan menerusi Visi 2020 mereka adalah untuk mengelakkan tiada siapa yang tercedera atau meninggal dunia akibat kemalangan di dalam sebuah Volvo. 

Namun, bagaimana pula bagi golongan atasan yang benar-benar mahukan keselamatan mereka lebih terjamin? 
 


Setelah menerima permintaan, Volvo akhirnya bersetuju untuk memperkenalkan sebuah SUV XC90 yang lengkap dengan perisai keselamatan. 

Volvo mengesahkan ia menepati piawaian VPAM VR8 - bermakna SUV ini kalis peluru 360 darjah serta kalis letupan. 

Versi XC90 kalis peluru ini dibangunkan menggunakan asas daripada varian T6 AWD Inscription dan saat ia keluar dari kilang, unit ini terus dihantar ke TRASCO Bremen di Jerman untuk pemasangan komponen pelindung berkualiti tinggi. 
 


Terdapat perisai keluli berkekuatan tinggi dengan kadar ketebalan 10 mm yang mampu melindungi daripada hentaman peluru dan bahan letupan. 

Manakala ketebalan kaca dipertingkatkan kepada 50 mm, juga menjalankan fungsi perlindungan yang serupa. 

Secara keseluruhannya, komponen perisai Volvo XC90 kalis peluru ini mempunyai berat sehingga 1,400 kg dan sudah tentu sistem suspensi dan sistem brek telah dinaik taraf bagi menampung penambahan berat tersebut. 
 


Tempahan bagi SUV XC90 ini sudah mula dibuka dan proses penghantaran kepada pelanggan yang penting akan bermula penghujung tahun ini. 

Namun bagi mereka yang tidak mahukan sebuah SUV perisai yang berat, mereka boleh memilih varian XC60 T6 AWD atau XC90 T6 AWD yang lebih ringan sedikit. 

Dua model yang disebutkan ini tadi akan diproduksikan untuk pasaran Amerika Latin dan Eropah, dan penjualannya pada separuh tahun pertama 2020.
 


Ini sudah tentu mengubah definisi Volvo sebagai sebuah kereta yang selamat, kepada sebuah kereta yang paling selamat di dunia. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Informasi
Sesebuah kereta bukan sahaja perlu memenuhi keperluan yang membawa dari satu destinasi ke destinasi…
Berita Global
Isu itu melibatkan satu skru tambahan yang dimasukkan secara tidak sengaja semasa kerja pemasangan…