Ini koleksi 'rare' Ferrari termasuk model Uovo yang ada sebuah sahaja di dunia

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ferrari 166MM_ Credit RM Sothebys
Ferrari 166MM_ Credit RM Sothebys
Dalam era komunikasi sekarang di mana maklumat bergerak pantas dan meluas banyak perkara yang terkambus pada era sebelum ini semakin terdedah dan mudah dicapai orang ramai.

Contohnya kereta re (rare) yang jarang dilihat kebanyakan orang dan kebanyakan masa tersimpan dalam garaj pemiliknya

Sebagai contoh dari 31 Ogos hingga 2 September depan ada satu acara himpunan kereta eksklusif di bekas kediaman Henry VIII iaitu Istana Hampton Court.

Acara tersebut yang dikenali sebagai Concours of Elegance akan menghimpukan sejumlah model Ferrari yang jarang dilihat termasuk sebuah unit yang hanya dibina satu sahaja di dunia.

Sebuah Ferrari klasik paling eksklusif iaitu 166MM/ 212 Export ‘Uovo’ bakal menjadi 'panglima' dalam himpunan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ferrari 275 GTB Alloy Long Nose
Ferrari 275 GTB Alloy Long Nose

 

Uovo adalah sebuah Ferrari yang dibina khas untuk Count Giannino Marzotto sebagai kereta lumba unggul pada zamannya.

Rekabentuk model ini bukan sahaja bercirikan aerodinamik malah juga ringan hasil ilham perekanya iaitu Franco Reggiani yang mempunyai latihan dalam bidang aeronatikal.

Beliau juga berjaya mengurangkan 150kg berat berbanding model Ferrari lain pada eranya.

Satu lagi keistimewaan ialah cermin depan yang diperbuat daripada kristal dan ia bebas pantulan.

 

Ferrari 500 TRC  Tim Scott 1
Ferrari 500 TRC  Tim Scott 1

 

Uovo terbukti hebat apabila berjaya memenangi beberapa perlumbaan termasuk Giro della Toscana pada tahun 1951.

Ferrari Uovo baru sahaja bertukar pemilik dalam acara bidaan oleh RM Sotheby dan kereta ini yang jarang dilihat secara awam bakal dipertontonkan pada acara Concours of Elegance hujung bulan depan.

Berikut ialah beberapa lagi Ferrari 're' yang bakal dipertontonkan:

  • Ferrari 500 TRC by Scaglietti - Pernah memenangi kelas perlumbaan 12 Hours of Sebring dan 24 Hours of Le Mans tahun 1957
  • Ferrari 365 California Spyder - Salah satu daripada 14 unit yang pernah dihasilkan. Direka oleh Pininfarina bagi menggantikan model 500 Superfast Coupe
  • Ferrari 250 GT SWB Berlinetta Scaglietti tahun 1962 - Satu daripada 165 unit yang pernah dihasilkan
  • Ferrari 275 GTB Long Nose dengan badan yang diperbuat daripada aluminium - Satu daripada 80 unit di dunia
  • Ferrari Dino 246 GT - Tahun ini adalah ulangtahun ke-50 sejak pertama kali dikeluarkan pada tahun 1968
  • Ferrari 288 GTO Prototype tahun 1983 - Satu daripada hanya enam unit pernah dihasilkan. Sekarang ini hanya tingga tiga unit sahaja di dunia
  • Ferrari GTC4Lusso tahun 2018 yang ditempah khas mengikut spesifikasi pemiliknya

Terima kasih kepada internet kerana kereta-kereta hebat seperti di atas ini bukan lagi eksklusif dalam garaj pemiliknya.

Rupa-rupanya juga warisan reka bentuk Ferrari bukan tajam menikam seperti hari ini dan tidak sinonim dengan warna merah sahaja!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

1970 Ferrari Dino 246 GT
1970 Ferrari Dino 246 GT
Ferrari 250 SWB Berlinetta
Ferrari 250 SWB Berlinetta
Ferrari 250 SWB Berlinetta
Ferrari 250 SWB Berlinetta
Ferrari 365 California Spyder  Tim Scott
Ferrari 365 California Spyder Tim Scott