Ini koleksi coupé hebat Mazda - Dari R360, Cosmo, RX-7 hingga MX-5!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda RX-7, 3rd Gen,1992
Mazda RX-7, 3rd Gen,1992
Kereta dengan gaya badan coupé dua pintu memang menarik perhatian dan berada di pasaran sejak berpuluh tahun dulu lagi.

Sama ada buatan Eropah, Amerika Syarikat atau Jepun, masing-masing mempunyai pesona tersendiri.

Di antara pengeluar yang konsisten dengan coupé dua pintu ialah Mazda. Satu fakta menarik apabila model pertama keluaran Mazda ialah R360 coupé dua pintu dengan ukuran 2.96 meter sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mazda R360

Mazda R360

 

R360 adalah sebuah kereta kecil (kei-car) dan model paling ringan dalam kelasnya selain seronok untuk dipandu.

Pakej pada R360 menjadikannya begitu popular di Jepun sehingga menguasai 65 peratus segmen kei-car dan 15 peratus pasaran domestik pada 1960.

Mazda kemudian melancarkan Carol P360 dengan jarak roda lebih panjang dan enjin empat silinder pada 1962 yang turut mendapat sambutan baik.

Mazda Cosmo Sport 110S

Mazda Cosmo Sport 110S

 

Kereta berprestasi pertama Mazda juga adalah sebuah coupé. Mazda Cosmo Sport 110S pertama kali dipertontonkan pada Pameran Kenderaan Tokyo 1964.

Tiga tahun kemudian coupé ini menemui pasaran dan mencatat sejarah sebagai kereta produksi pertama di dunia dengan enjin rotor berkembar.

Di lihat pada hari ini pun Cosmo Sport 110S masih kelihatan cantik dan elegan. Satu lagi keunikan model ini ialah nadi kuasa yang berbunyi ala turbin.

Cosmo Sport juga adalah platform pertama Mazda dalam menceburi bidang permotoran antarabangsa.

Mazda Familia/R100 dan Capella/616/siri RX-2

Mazda R100 Coupé, 1968

 

Di peringkat antarabangsa, model yang mengangkat jualan Mazda ialah Familia/R100 dan Capella/616/siri RX-2. Mazda menawarkan kepada dunia, enjin rotary melalui model-model tersebut bermula dari tahun 1968.

Reka bentuk yang dipengaruhi gaya Itali telah berjaya memikat hati pembeli di luar negara sehingga jualan mencecah enam angka.

Mazda Luce R130

Mazda R130 Luce Rotary Coupé 1969

 

Menyentuh tentang gaya Itali, Mazda Luce R130 yang diperkenalkan pada 1969 direka oleh Bertone by Giorgetto Giugiaro yang juga mereka bentuk Familia generasi pertama.

Luce R130 adalah satu-satunya model Mazda dengan enjin rotary pacuan depan dan telah mencapai status barangan pengumpul (collector’s item).

Luce R130 diposisikan di atas RX-2 dan RX-3

Mazda RX-4

Mazda_RX-4 Coupé 1972

 

Pada 1972 RX-4 diperkenalkan dan dijenamakan sebagai model mewah dan sporti. Varian hardtop dilengkapi rotary AP (anti-pollution) dengan emisi dan penggunaan minyak yang ditambah baik.

Enjin sama turut digunakan pada RX-3 dan Cosmo/RX-5 yang dilancarkan pada 1975 dalam varian coupé dan fastback.

Prestasi siri coupé RX dengan enjin rotary berkuasa 110-135PS dan berat kering hanya dalam lingkungan 900-1100 kg begitu dihormati pada waktu itu.

Mazda RX-7

Mazda RX-7

 

Ini model yang wajib disentuh apabila bercerita tentang Mazda. RX-7 pertama kali diperkenalkan pada tahun 1978 dan hadir dengan reka bentuk sporti dan elegan.

Di bawah bonet RX-7 adalah enjin rotary yang direka semula. Model ini juga hebat di litar lumba dan rali.

RX-7 dikeluarkan dalam tiga generasi dari enjin rotary normal sehingga pengecas turbo.

Kehebatan RX-7 dibuktikan melalui jumlah pengeluaran sekitar 810,000 unit dan merupakan kereta dengan enjin rotary paling popular di dalam sejarah.

Mazda Eunos Cosmo

Mazda Eunos Cosmo

 

Model ini kurang dikenali dan merupakan sports coupé mewah yang hanya dijual di Jepun dari 1990 hingga 1995. Eunos Cosmo juga satu-satunya model produksi dengan enjin tiga rotor.

Bukan setakat itu, enjin turbo berkembar 20B-REW dengan output 300PS juga mempunyai rotary terbesar pernah dikeluarkan.

Cosmo hadir dengan pelbagai teknologi canggih seperti sistem navigasi GPS terbina dalam (built-in) dan skrin sesentuh.

Mazda Autozam AZ-1

Mazda Autozam AZ-1, 1992

 

Ini sebuah lagi model domestik Jepun dengan berat hanya 720kg. Coupé kecil (kei-coupé) dengan enjin tengah ini dibangunkan di bawah Toshihiko Hira yang juga pengarah program MX-5.

Autozam AZ-1 mempunyai pintu gullwing dan redline enjin pada 9,000 rpm. Ia adalah model menarik di dalam segmen kereta berkotak dan utilitarian.

Mazda 929, MX-6, MX-3

Mazda 929 Coupé, 1982

 

Keunikan coupé terserlah dalam banyak buah model. 929 coupé (1982-1986) didatangkan dengan tingkap opera (kecil) yang boleh diturunkan pada tiang B.

MX-6 (1987-1997) dilengkapi pilihan stereng four-wheel manakala MX-3 (1992-1998) pula dipasang enjin 1.8 liter K8 dengan sesaran enjin produksi massa V6 terkecil di dunia.

Mazda 323F, Xedos 6, RX-8

Mazda 323 F, 1989

 

323F (1989-1998) adalah sebuah coupé sport unik Mazda dengan lima tempat duduk dan lampu jenis pop-up. Reka bentuk begini popular sekarang dan dijelmakan dalam bentuk SUV atau crossover coupé.

Xedos 6 (1992-1999) pula bertembung di antara sempadan coupé mewah dan sedan saiz sederhana. 

RX-8 yang menggantikan RX-7 pula unik dengan pintu freestyle dan lambang idea segar Mazda dalam mempersembahkan reka bentuk coupé.

Mazda MX-5, RX-Vision dan Vision Coupe

Mazda MX-5

 

MX-5 adalah coupé legenda yang berusia puluhan tahun yang telah melalui beberapa masih dipasarkan sehingga hari ini. Sejak 1989 sebanyak empat generasi sudah dikeluarkan. 

Dua model konsep iaitu RX-Vision dan Vision Coupe pula mempamerkan keanggunan reka bentuk coupé yang mempengaruhi falsafah reka bentuk Kodo: Soul of Motion.

Pengaruh kereta konsep itu boleh dilihat pada model terkini seperti Mazda3 yang baru sahaja memenangi anugerah Reka Bentuk Dunia 2020.

Melalui pelbagai model coupé Mazda di atas maka tersingkap sejarah jenama hebat ini dan bagaimana coupé merupakan segmen popular di kalangan pengguna pada satu masa dahulu.

Satu fakta menarik dan penting apabila model empat roda yang dikeluarkan Mazda adalah sebuah coupé, bukan model penumpang empat pintu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mazda VISION COUPE

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…