Ini kisah Volkswagen K70, sedan moden sebelum Passat

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen K70
Volkswagen K70
Volkswagen sememangnya sebuah syarikat pengeluar kereta dengan sejarah panjang, ditubuhkan pada tahun 1937 dan mempunyai pelbagai model ikonik seperti Kombi, Beetle dan Golf.

Dicelah populariti model-model tersebut ada sebuah lagi yang tidak kurang hebat. Model yang dimaksudkan ialah Volkswagen K70 dan diperkenalkan pada 20 Oktober 1970.

K70 sebenarnya dibangunkan oleh NSU, sebuah lagi syarikat pengeluar kenderaan dari Jerman dan dibeli oleh Kumpulan Volkswagen pada tahun 1969.

Apa yang istimewa mengenai Volkswagen K70? Enjin depan, sistem penyejukan air, pacuan roda depan dan merupakan ciri pertama untuk sebuah Volkswagen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen K70

 

Selain itu K70 dizahirkan dalam bentuk gayaan moden dan VW menggunakan terma sedan notchback.

Rekaannya ada kelas, perhatikan bagaimana bahagian sisi K70 direka rendah dan nampak sporti.

Keistimewaan K70 juga terletak di kilang Salzgitter yang dibina khas untuk pengeluarannya.

Dari segi teknologi, enjin sejukan air dan pacuan roda depan adalah sesuatu yang baharu untuk VW dan kemudian digunakan dan satu faktor kejayaan Passat dan Golf.

Casis K70 canggih pada masa itu dengan suspensi bebas manakala jarak roda (wheelbase) panjang menjadikan ruang dalaman luas dan membantu dalam prestasi pengendalian yang sangat baik.

Aspek keselamatan turut diberi perhatian utama dengan ciri aktif dan pasif.

 

Volkswagen K70

 

Di antara teknologi diguna pakai ialah bahagian penumpang yang diperkukuh, zon renyuk di depan dan belakang dan tangki minyak di belakang atau pada ruang yang dilindungi.

Dari segi reka bentuk, K70 yang berusia ini masih kekal anggun dan menarik dengan gayaan kemas dan garisan badan tidak berserabut.

Sedan notchback ini direka oleh Claus Luthe, salah seorang pereka kenderaan terkenal pada masa itu.

Reka bentuk signatur beliau turut boleh didapati pada model VW seterusnya seperti Golf dan Polo.

Ada tiga versi yang dikeluarkan iaitu K70 1600, 1600L dan 1800LS dengan padanan transmisi empat kelajuan manual.

 

Volkswagen K70

 

K70 adalah sebuah sedan menarik tetapi hayat pengeluaran hanya bertahan satu generasi dan dihentikan pada tahun 1975.

VW Passat dijadikan pengganti dan dikeluarkan pada tahun 1973 dan ditawarkan sehingga kini.

Walaupun K70 sudah berusia dan hanya dikeluarkan dalam satu generasi, ada seorang pemilik yang kekal setia dengannya dan jenama VW itu sendiri. 

Karl-Günter Queißer memulakan kerjaya dengan VW sebagai pengecat kenderaan di kilang baharu Salzgitter pada tahun 1970.

 

Volkswagen K70

 

Beliau kini berusia 79 tahun dan pada awal kerjaya tertarik dengan pelbagai ciri istimewa K70 dan berjaya mendapatkannya pada tahun 1971.

Sebagai peminat setia VW, beliau turut pernah memiliki Beetle dan Golf. Koleksi terkini beliau ialah K70 LS dan Golf 8.

Selain gemarkan K70 beliau juga telah memandu setiap generasi Golf dan perancangan masa depan ialah untuk mendapatkan model elektrik ID.3, hebat bukan?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Volkswagen K70

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…