Ini kisah Miura, model cantik dengan enjin V12 melintang yang melonjakkan Lamborghini!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lamborghini Miura
Lamborghini Miura
Di dalam banyak model dan varian Lamborghini di pasaran sekarang ini, model mana yang anda suka?  Aventador SVJ? Huracán STO? Atau SUV Urus?

Pada era 60an dahulu ini model yang digemari ramai, Lamborghini Miura.

Lebih tepat, P400 Miura diperkenalkan pada tahun 1966 dan satu ciri penting ketika itu ialah enjin V12 pada kedudukan melintang dan di bahagian belakang tengah (rear-mid).

Dihitung mengikut tahun, usia Miura hampir enam dekad dan 2022 ialah tahun terakhir Lamborghini menggunakan enjin V12 pembakaran dalaman tunggal.

Ruang enjin Aventador Ultimae adalah yang terakhir sebelum Lamborghini memulakan era hibrid pada tahun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ferruccio Lamborghini: "Saya suka yang ini, ianya akan meletakkan kita pada status legenda"

 

Lamborghini Miura

 

Miura dilahirkan pada masa Lamborghini baru bermula. Tidak sampai dua tahun selepas ditubuhkan pada 1963, Lamborghini berada pada kedudukan atas pasaran grand tourer.

Model 350 GT dikeluarkan dalam jumlah yang bagus dan Ferruccio Lamborghini berpuas hati dengan pencapaian tersebut di sebalik keraguan awal terhadap kemampuannya.

Pada masa yang sama, beliau mempunyai impian untuk mengeluarkan model lebih hebat dan dikagumi ramai dan Miura adalah hasilnya.

Giampaolo Dallara dan Paolo Stanzani

 

Dari kiri, Paolo Stanzani - Marcello Gandini - Gian Paolo Dallara
Dari kiri, Paolo Stanzani - Marcello Gandini - Gian Paolo Dallara

 

Kedua-dua jurutera ini masih muda dan mereka bertanggungjawab pada bahagian teknikal.

Satu ciri penting yang menjayakan Miura ialah enjin 4.0L V12 60 darjah dengan 4 karburetor Weber 40 IDL 3L.

Evolusi enjin itu menyaksikan kuasa 345 hp pada model P400, 365 hp pada model P400S dan 379 hp pada model P400SV.

Kuasa enjin Miura pada masa itu meletakkannya sebagai kereta produksi paling laju di dunia.

Enjin tersimpan di dalam dan para peminat melihat secara fizikal reka bentuk Miura yang direka oleh Carrozzeria Bertone dan juga faktor penting kejayaan model ini.

Lebih setengah abad, Miura masih sedap dipandang.

Jangkaan 50 buah sahaja 

 

Lamborghini Miura

 

Lamborghini menjangkakan 50 buah sahaja Miura akan terjual dalam tempoh tiga tahun. Apa yang berlaku ialah jauh lebih tinggi.

Sebanyak 763 buah Miura berjaya dijual dari tahun 1996 hingga 1973! Miura digantikan dengan Countach dan sebuah lagi model legenda dari Lamborghini.

Paolo Stanzani, individu penting di sebalik enjin V12 Lamborghini

Pada era Lamborghini melabuhkan tirai enjin V12, Paolo Stanzani adalah individu penting di sebalik enjin ini.

Beliau di antara kaki tangan terawal yang diambil bekerja oleh Ferruccio Lamborghini.

Tamat belajar dari University of Modena beliau terus dilamar dan dari situ memainkan peranan penting dalam enjin V12 dan Miura.

 

Lamborghini Miura

 

Paolo Stanzani mengambil enjin V12 yang direka oleh jurutera Giotto Bizzarrini dan menyesuaikannya untuk model produksi dan jalanan.

Beliau juga membangunkan dan melahirkan Miura dan ciri teknikal canggih pada model ini.

Di Lamborghini beliau memegang pelbagai jawatan dari Pengarah Teknikal kepada Pengurus Pengeluaran dan Pengurus Besar.

 

Lamborghini Miura

 

Selain Miura, beliau semestinya terlibat dalam pengeluaran Countach, Espada dan Urraco yang juga model kegemarannya.

Dengan Aventador Ultimae maka berakhirlah era enjin V12 pembakaran dalaman tunggal Lamborghini dan bermula era baharu jenama ikonik ini.

Lamborghini dengan enjin hibrid dan elektrik? Kenapa tidak? 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Lagi bacaan: Tahukah anda? Tinggi Lamborghini Miura ini hanya 3 kaki lebih sahaja!

 

Lamborghini

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …