Ini kisah Mazda Capella (626), legenda 70an hingga Mazda6 era baharu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Selain SUV keluaran Mazda seperti CX-5 dan CX-3 yang banyak di atas jalan raya, model sedan Mazda3 dan Mazda6 juga tidak kurang hebatnya.

Apabila bercakap tentang reka bentuk Mazda, tidak sah jika tidak menyentuh dua model tersebut.

Jika Mazda3 sudah digantikan dengan model serba baharu, Mazda6 generasi ketiga masih lagi dijual dan tahukah anda model itu berada di pasaran sejak 2012 lagi?

Mazda6 generasi ketiga pertama kali dipertontonkan pada Pameran Kenderaan Moscow pada Ogos 2012 dan walaupun sudah berusia ia masih lagi anggun dan menawan seperti baru sahaja diperkenalkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mazda Capella/RX-2/616

 

Mazda RX-2
Mazda RX-2

 

Menyoroti sejarah, Mazda6 generasi ketiga bermula dengan Mazda Capella generasi pertama yang diperkenalkan pada tahun 1970.

Selain Capella, sedan dan coupé ini mempunyai beberapa nama lagi seperti RX-2 dan 616 yang bergantung kepada negara mana ia dipasarkan.

Sepanjang penjualannya, sejumlah enjin ditawarkan iaitu 1490cc, 1586cc, 1769cc dan 1796cc.

Satu lagi tawaran yang menarik perhatian semestinya enjin rotary iaitu 1146cc 12A dan 1146cc 12B.

Capella berada di pasaran sehingga 1978 dan model pengganti diperkenalkan pada Oktober tahun yang sama.

Mazda Capella generasi kedua/626

 

Mazda 626 Capella_1800_1978_hires_hires
Mazda 626 Capella 1978

 

Sama seperti sebelumnya, Capella ditawarkan dalam gaya badan sedan dan coupé. Untuk pasaran eksport model ini menggunakan nama baharu iaitu Mazda 626. 

Untuk generasi ini, enjin yang ditawarkan bersesaran 1586cc, 1769cc dan 1970cc dan tiada enjin rotary menjadi pilihan.

Enjin aspirasi normal yang ditawarkan memacu roda belakang seperti generasi pertama dan bertukar kepada pacuan depan untuk Capella generasi ketiga (626 generasi kedua).

Mazda Capella generasi ketiga/626 generasi kedua

 

Mazda Capella 626

 

Model yang diperkenalkan pada September 1982 mempunyai tambahan satu lagi gaya badan iaitu hatchback lima pintu menjadikan tiga jenis kesemuanya.

Enjin juga bertambah kepada jenis baharu iaitu 2.0 liter diesel dan 2.0 liter petrol turbo. Sesaran lain ialah 1.6 liter, 1.8 liter dan 2.0 liter aspirasi normal.

626 generasi kedua ini diiktiraf pihak industri dengan memenangi Anugerah Kereta Tahunan Jepun 1982.

Satu lagi fakta menarik mengenai generasi ini apabila turut dijenamakan sebagai Ford Telstar dan Kia Concord.

Mazda Capella generasi keempat/626 generasi ketiga

 

Mazda 626 Wagon 1987
Mazda 626 Wagon 1987

 

Model 626 generasi ketiga diperkenalkan pada tahun 1987 dan sekali lagi gaya badan bertambah.

Mazda menawarkan sedan, coupé, hatchback dan wagon yang turut mempunyai pilihan tujuh tempat duduk.

Sejumlah enjin turut ditawarkan iaitu 1.6L, 1.8L, 2.0L dan 2.2L petrol, 2.0L diesel dan 2.2L turbo.

Untuk pasaran terpilih, 626 mempunyai pacuan empat roda selain pacuan depan seperti biasa.

Sekali lagi Mazda 626 dijenamakan sebagai Ford Telstar dengan Ford mempunyai pegangan saham di dalam Mazda beberapa tahun sebelumnya.

Mazda 626 generasi terakhir

 

Mazda 626

 

Model generasi kelima diperkenalkan pada tahun 1991 dan nama Capella digugurkan yang selepas itu menggunakan Cronos untuk pasaran Jepun.

626 terus digunakan untuk pasaran eksport dan kali ini tiada gaya badan wagon ditawarkan dan kekal dengan sedan dan hatchback lima pintu.

Model generasi keenam pula diperkenalkan pada tahun 1997 dan kali ini nama Cronos digugurkan.

Sekali lagi, Capella, 626 dan Ford Telstar menggunakan platform yang sama. Generasi terakhir ini juga menyaksikan gaya badan wagon kembali ditawarkan.

Sama seperti generasi kelima dan keempat, model terakhir mempunyai pacuan roda depan dan empat. 

Mazda 626 generasi ini kemudian ditamatkan pada tahun 2002.

Mazda6

 

Mazda 626 MPS 2000
Mazda 626 MPS

 

Model gantian dikenali dengan nama baharu iaitu Mazda Atenza yang dilancarkan di Jepun pada Mei 2002.

Untuk pasaran eksport sedan ini diberi nama ringka iaitu Mazda6. Mengikut tradisi sebelumnya, pelbagai gayaan badan diperkenalkan seperti sedan, wagon dan liftback.

Model ini menerima sambutan hangat dengan pengeluaran global mencecah sejuta unit hanya selepas empat tahun dan dua juta pada 2010 semasa generasi kedua.

Menghangatkan lagi tawaran apabila Mazda memperkenalkan varian berprestasi tinggi pacuan semua roda Mazda6 MPS untuk pasaran Eropah.

 

Mazda6 2019
Mazda6 2019

 

Mazda6 generasi ketiga memasuki pasaran pada tahun 2012 dengan falsafah bergaya Kodo dan teknologi canggih Skyactiv.

Model ini tidak mempunyai gaya badan liftback, hatchback dan coupé seperti generasi sebelum atau warisan Capella.

Walaupun begitu, Mazda6 Tourer (wagon) membawa gayaan tersendiri dengan penampilan menambat hati.

Mazda6 generasi ketiga masih dijual sehingga sekarang dan turut ditawarkan di pasaran tempatan.

Pada masa SUV semakin popular dan banyak di jalan raya, Mazda6 tampil bersahaja membawa semangat sedan eksekutif dengan penampilan sporti dan timeless seperti model Tourer di bawah.

Lawa kan?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Sumber fakta: Mazda/Wikipedia

 

Mazda6

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…