Ini kisah Lamborghini LM002, unit rare yang berjaya dibaik pulih dengan sempurna

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebelum keluarnya Urus, Lamborghini sudah pun mempunyai SUV yang dikenali sebagai LM002. Model itu dikeluarkan di antara tahun 1986 dan 1993.

LM002 menggunakan enjin 5.2 liter V12 450 bhp daripada Countach dan mempunyai tangki minyak berkapasiti 290 liter.

LM002 adalah SUV lasak berbanding super SUV Urus sekarang dan ia direka bagi tujuan ketenteraan.

Badan LM002 diperbuat daripada aluminium dan gentian karbon yang maskular dan dibina di atas casis besi spaceframe.

Hanya 301 unit LM002 pernah dikeluarkan dan salah satu dari model rare yang pernah dikeluarkan Lamborghini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lamborghini LM002

 

Satu daripada unit tersebut adalah seperti yang anda lihat sekarang, unit pemanduan kiri bernombor 40 keluaran tahun 1987.

Ia projek baik pulih terbengkalai sebelum berjaya disempurnakan seperti baharu oleh Bell Sport & Classic.

Syarikat berkaitan kereta super dan klasik yang terletak di Hertfordshire, United Kingdom itu pakar baik pulih kenderaan seperti Aston Martin, Ferrari dan Lamborghini.

LM002 dengan warna Blu Acupulco Metallizato dan kulit dalaman Light Grey pada asalnya dibeli pemilik sekarang pada 2003.

Pemilik menikmati SUV hebat ini di jalan raya dan off-road sebelum disimpan pada 2009.

 

Lamborghini LM002

 

Satu kisah menarik apabila The Stig pernah memandu unit ini di dalam satu episod Top Gear pada 2003.

Ia juga mendapat kelulusan peribadi pemandu ujian legenda Lamborghini iaitu Valentino Balboni pada satu perjumpaan Kelab Pemilik Lamborghini.

Projek baik pulih ini tidak siap sehingga dihantar kepada Bell Sport and Classic pada 2019 dengan komponen yang dibuka berada dalam sejumlah kotak.

Seorang individu berkemahiran yang juga ketua juruteknik Bell Sport and Classic iaitu Attilio Romano berjaya menghidupkan semula unit ini. 

Beliau bekas juruteknik kilang Ferrari dan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam penyelenggaraan dan pemuliharaan dan mengetuai juruteknik di H.R. Owen untuk jenama seperti Ferrari, Lamborghini and Bugatti.

Beliau juga adalah juruteknik kilang yang pertama didaftarkan (first factory-registered technician) untuk Bugatti Veyron.

 

Lamborghini LM002

 

Perkara yang diingati Attilio Romano semasa mula projek baik pulih ialah blok enjin masih dalam keadaan asal, namun banyak perkakasan ditanggalkan dan komponen disimpan di dalam kotak.

Perkara pertama yang dibuat ialah pengecaman melalui inventori. Selepas tahap pertama siap, tiba masa untuk membina semula.

Tidak banyak komponen dan alatan asal boleh diperolehi dan untuk itu Bell Sport and Classic membuat komponen baharu, pembaikan sendiri atau disumber dari pembekal yang boleh dipercayai.

Satu lagi cabaran ialah bahagian suspensi yang memerlukan teknik khas. Suspensi depan perlu dibuka menggunakan alatan yang tidak lagi wujud.

Untuk menyelesaikannya, Attilio Romano membuat sendiri rig bagi mengeluarkan dua buah spring pada roda depan dalam satu operasi sahaja.

 

Lamborghini LM002

 

Roda depan LM002 menggunakan spring dalam spring bagi sebuah suspensi dengan dua spring tersebut berada dalam dua arah bertentangan.

Setelah berjaya dibuka, kesemua komponen diperiksa dan dihantar untuk proses powder coat.

Bahagian enjin mempunyai cabaran lain, pam air bocor melalui seal bearing dan lebih parah apabila perumah retak dan tiada gantian dalam stok.

Dengan itu, Chesman Engineering dari Coventry diminta untuk membuat pam air baharu mengikut spesifikasi asal.

Selain pam air, keadaan enjin V12 masih lagi elok dengan perbatuan hanya sekitar 22,000 km. Perkakasan lain diperiksa dan jika perlu dibaik pulih semula.

 

Lamborghini LM002

 

Mengekalkan keaslian, kotak ekzos belakang yang telah ditukar diganti dengan spesifikasi asal. Untuk kotak gear, keadannya tidak berapa baik dengan beberapa komponen dalaman telah rosak.

Kos untuk penggantian lebih GBP6,000 dan tiada unit baharu boleh didapati.

Berbekalkan pengalaman bertahun dalam bidang kejuruteraan, Attilio Romano membentuk semula gigi gear yang rosak menggunakan grinder jenis die dan kikir dengan jaya.

Bahagian dalam seperti kulit warna kelabu masih lagi dalam keadaan baik walaupun berusia dan dengan patina (permukaan atau ira) sebahagian dari sejarah LM002 maka ia dibersihkan dengan berhati-hati.

SUV lasak ini kemudian dihantar untuk cat baharu berwarna Blu Acupulco Metallizato mengikut spesifikasi kilang, dan kesemua seal pintu turut digantikan.

 

Lamborghini LM002

 

Lamborghini LM002 unit 40 ini berjaya disiapkan dengan baik dan berapa masa yang diambil untuk sebegini rupa?

Kurang daripada setahun dan ia tidak dibina semula sebagai kenderaan bling-bling tetapi mengikut spesifikasi asal. Standard itu indah.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Memperkenalkan, Dongfeng Fearless M50, kenderaan militari yang dibangunkan oleh Dongfeng bersama AM…
Berita Global
Urus bukanlah SUV pertama keluaran Lamborghini, oleh kerana Lamborghini sebelum ini pernah…