Ini kisah Datsun on-DO, sedan untuk Rusia pada harga ekonomikal!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Datsun on-DO
Datsun on-DO
Datsun merupakan satu dari jenama kenderaan Jepun yang ikonik. Datsun sebelum ini dikenali sebagai DAT-GO yang bermaksud DAT-car dan ditubuhkan lebih seratus tahun dulu atau pada 1914.

DAT dalam bahasa Jepun bermaksud sepantas kilat dan juga ringkasan huruf pertama tiga pembiaya yang menyokong perniagaan iaitu Den, Aoyama dan Takeuchi.

Dengan huruf yang sama ia juga dipromosikan sebagai Durable, Attractive dan Trustworthy atau diringkaskan sebagai DAT.

Pada 1993, pengasas Nissan iaitu Yoshisuke Aikawa mengambil alih perniagaan dengan wawasan pengangkutan untuk semua.

Selama lebih tiga dekad, atau sejak 1986 Datsun direhatkan oleh Nissan sebelum kembali semula pada 3 Jun 2013.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Datsun un-DO

 

Datsun merupakan satu dari jenama kenderaan Jepun yang ikonik. Datsun sebelum ini dikenali sebagai DAT-GO yang bermaksud DAT-car dan ditubuhkan lebih seratus tahun dulu atau pada 1914.

DAT dalam bahasa Jepun bermaksud sepantas kilat dan juga ringkasan huruf pertama tiga pelabur yang menyokong perniagaan iaitu Den, Aoyama dan Takeuchi.

Dengan huruf yang sama ia juga dipromosikan sebagai Durable, Attractive dan Trustworthy atau diringkaskan sebagai DAT.

Pada 1993, pengasas Nissan iaitu Yoshisuke Aikawa mengambil alih perniagaan dengan wawasan pengangkutan untuk semua.

 

Datsun un-DO

 

Selama lebih tiga dekad, atau sejak 1986 Datsun direhatkan oleh Nissan sebelum kembali semula pada 3 Jun 2013.

Datsun dibangkitkan semula bagi menawarkan kereta penumpang ekonomikal atau pada harga mampu milik.

Di antara model awal yang dikeluarkan ialah sedan Datsun on-DO pada Julai 2014 di Rusia.

Menariknya, on-DO adalah model Datsun pertama yang dipasarkan Rusia selain kemasukan sulung jenama itu ke sana selepas 100 tahun kereta DAT dikeluarkan di Jepun.

Satu lagi fakta ialah, kemasukan Datsun juga satu peristiwa penting buat Nissan Motor Corporation apabila Rusia merupakan negara pertama di rantau itu yang ditawarkan dengan tiga jenama iaitu  Nissan, Infiniti dan Datsun.

 

Datsun un-DO

 

Datsun on-DO sebenarnya hasil kerjasama di antara Perikatan Renault-Nissan dan AVTOVAZ.

Syarikat Rusia tersebut sebelum itu mengeluarkan sedan Lada Granta yang mempunyai kaitan dengan Datsun on-DO. 

Kerja-kerja pembangunan dan kejuruteraan on-DO dilakukan di Rusia oleh sepasukan jurutera antarabangsa di AVTOVAZ dengan pengeluaran dibuat di kilang milik firma itu di Togliatti. 

Penggayaan on-DO disiapkan di Pusat Reka Bentuk Global Nissan yang terletak di Atsugi, Jepun.

Nama sedan ini juga unik, DO di dalam bahasa Jepun bermakna kaedah atau cara atau bermaksud cara melakukan sesuatu dengan konsisten dan berbeza dan boleh juga bermaksud bergerak.

Secara keseluruhannya on-DO merujuk kepada hasrat Datsun untuk menyediakan mobiliti buat semua mengikut cara inovatif.

 

Datsun un-DO

 

Ada lagi yang boleh dihuraikan, On di dalam bahasa Rusia merujuk kepada he atau kata ganti lelaki dan melambangkan kekuatan, prestasi dan sifat maskulin sedan tersebut.

Manakala di dalam bahasa Inggeris, kedua-dua perkataan mempunyai maksud jelas yang melambangkan dinamisme positif.

Datsun on-DO digerakkan enjin 1.6 liter petrol berkuasa 87 hp dan pada awalnya dipadan bersama transmisi lima kelajuan manual.

Transmisi empat kelajuan automatik pula diperkenalkan pada tahun 2016.

 

Datsun un-DO

 

Dari segi saiz, sedan ini mempunyai ukuran 4,337 mm (panjang), 1,700 mm (lebar), 1,500 mm (tinggi) dengan kapasiti but 530 liter.

Berapakah harga Datsun on-DO? Semakan terbaru di laman web Datsun menunjukkan sedan ini dijual dari RUB 436,000 atau bersamaan RM 24,886.

Satu harga yang sangat berpatutan!

Penulis: Muhammad Md Tajudin 

Kredit foto: Nissan, Datsun

Berita Berkenaan

Berita Global
Era 60-an: Datsun Sunny 1000, 30,000 unit dalam tempoh lima bulan!     Datsun Sunny 1000…
Berita Global
Kini, terdapat ura-ura di mana Nissan sedang berusaha untuk membangkitkan kembali jenama mampu…
Berita Global
Namun, jenama tersebut nampaknya tidak mampu untuk bertahan lama di dalam dunia moden hanya selepas…