Ini gambar awal Volkswagen Passat Variant 2024, enjin TDI, TSI, eTSI dan eHybrid

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Passat Variant
Volkswagen Passat Variant
Volkswagen Passat Variant (wagon) akan diperkenal pada penghujung Ogos dan terlebih dahulu dikongsi melalui kepingan gambar yang membayangkan perinciannya.

Model terbaru nanti dari generasi kesembilan dan penyambung kepada satu daripada kereta saiz sederhana paling berjaya di dunia.

Sejarah Passat sudah menjangkau 50 tahun dengan jualan melebihi 30 juta unit!

Sama seperti Tiguan baharu, Passat Variant menggunakan platform MQB evo dan lebih besar berbanding model sebelumnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen Passat Variant Test

 

Ukuran panjang bertambah 14 sentimeter dan 5 sentimeter pada ruang kaki. Ruang bagasi belakang juga meningkat sebanyak 40 liter kepada 690 liter.

Ruang lebih besar boleh digunakan dengan melipat kerusi belakang iaitu sebanyak 1,920 liter atau pertambahan 140 liter.

Untuk pemandu dan penumpang, VW menyediakan paparan maklumat hibur saiz 12.9 inci atau 15 inci mengikut varian.

 

Volkswagen Passat Variant Test

 

Turut ditawarkan sistem papar pandu yang memancarkan maklumat pada cermin depan. Selain itu, stereng pelbagai fungsi kembali dengan butang fizikal.

Tidak hanya mengubah rekaan dalaman, VW menggunakan bahan gred tinggi untuk penebatan bunyi lebih baik dan meningkatkan kualiti dan keselesaan.

Kerusi depan ergoActive ditawarkan sebagai pilihan dengan fungsi urut, penyaman udara dan sehingga 14 larasan elektrik mengikut varian.

 

Volkswagen Passat Variant

 

Dari segi pengendalian, VW melakukan beberapa perubahan seperti meningkatkan ketegaran kamber dan tetapan baharu stereng elektromekanikal.

VW turut mengubahsuai bar anti goleng, penyerap hentak dan penyesuaian untuk rim berbeza.

Nisbah stereng yang lebih direct dan jarak roda lebih panjang meningkatkan lagi impak positif pada karakteristik pemanduan.

 

Volkswagen Passat Variant

 

Satu lagi perkakasan yang dijadikan pilihan ialah DCC Pro dengan penyerap hentak injap berkembar.

Sistem itu memberi tindak balas secara berterusan mengikut keadaan permukaan jalan dan situasi pemanduan dengan parameter seperti stereng, pembrekan dan pecutan.

Redaman yang ideal dikira untuk setiap roda dan dilaras pada penyerap hentak dalam pecahan sesaat. 

Pemandu boleh melaras DCC mengikut pilihan sendiri dari tahap selesa kepada paling sporti.

 

Volkswagen Passat Variant

 

Sistem Pengurus Dinamik Kenderaan dijadikan ciri standard dan pertama kali diperkenalkan pada Golf GTI Mk8.

Sistem itu mengawal fungsi penguncian pembeza elektronik (XDS) dan penyerap hentak dalam sistem DCC Pro.

Pengendalian menjadi lebih neutral, stabil, lincah dan dan tepat melalui intervensi brek pada roda tertentu dan kadar kekerasan penyerap hentak mengikut roda.

Ini wagon atau kereta sport?

 

Volkswagen Passat Variant Test

 

Dari segi rekaan, Passat Variant tipikal sebuah VW dan rekaan nampak lebih segar dan menonjol dengan bukaan gril bawah yang lebar.

Bergantung pada varian, pelanggan diberi pilihan lampu matrik IQ.LIGHT LED dengan suluhan sehingga 500 meter. 

Lampu belakang dilengkapi jaluran LED yang bersambung.

 

Volkswagen Passat Variant Test

 

Menggerakkan Passat Variant ialah plihan enjn diesel turbo (TDI), petrol turbo (TSI), petrol turbo mild-hybrid (eTSI) dan hibrid plug-in (eHybrid).

Melalui mod elektrik, model eHybrid boleh dipandu sehingga 100 kilometer dan cukup untuk kegunaan biasa.

Asyik bercakap tentang wagon, bagaimana dengan Passat sedan? Maaf, VW tidak lagi menawarkan gaya badan sedan untuk Passat.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Volkswagen Passat Variant