Ini gambar awal smart #1, Proton Edar bakal bawa ke Malaysia dan Thailand

oleh Muhammad Md Tajudin|
smart1
smart1
Pada Januari lalu Proton menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan smart Automobile Company yang bakal menyaksikan Proton Edar dilantik sebagai pengimport, pengedar dan wakil penjual kenderaan elektrik di Malaysia dan Thailand.

Perjanjian itu dilihat memanfaatkan sinergi dalam persekitaran sama memandangkan Geely memiliki 50 peratus saham di dalam smart dengan jumlah sama dipegang oleh Daimler (kini dikenali Mercedes-Benz Group).

Apa seterusnya selepas MoU? 

smart baru sahaja berkongsi gambar model terbaru iaitu smart #1 yang walaupun dibaluti pelekat samaran sudah menunjukkan rupa, garis badan dan lampu.

Sebenarnya tidak perlu tunggu lama kerana model itu bakal diperkenalkan di Berlin, Jerman pada 7 April 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
smart EQ Fortwo

 

Selepas pengenalan, pengguna yang berminat boleh menggambarkan bagaimana smart #1 berada di jalan raya tempatan kelak.

Dari segi penawaran, smart sebenarnya sudah pun mempunyai model elektrik EQ fortwo manakala smart #1 pula adalah produk sulung era baharu Mercedes-Benz dan Geely Automobile.

Dari gambar, smart #1 nampak besar ala Mini Countryman dengan lampu nyalaan LED yang garang. Gambar sebelum ini menunjukkan lampu LED yang bersambung dari kanan ke kiri.

Walaupun dan berkotak, pekali seretan (cd) smart #1 hanya 0.29 dan ciri penting untuk sebuah kenderaan elektrik dari segi jarak gerak dan kecekapan penggunaan tenaga.

 

smart1

 

smart #1 baru saja siap menjalani ujian pra pengeluaran di utara China dengan bateri dan sistem teknologi diuji pada suhu -40°C.

smart Eropah juga melakukan ujian dan homologasi tempatan di pusat penyelidikan dan pembangunan smart di Renningen, Jerman dan pengujian akhir sebelum pengenalannya di Berlin.

Dari segi pembahagian tugas, smart bertanggungjawab dalam reka bentuk manakala Geely melakukan kerja-kerja pembangunan.

smart atau Geely tidak memaklumkan butiran teknikal, dikhabarkan jarak gerak model yang menggunakan bateri dari platform Sustainable Electric Architecture 2 (SEA) boleh dipandu sejauh 450 km.

Jarak itu walaupun dengan kapasiti bateri paling kecil!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

smart concept 1

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam tempoh 100 hari pertama itu, smart Malaysia telah menganjurkan smart Tech Insight Day, sebuah…
Telah Diuji
Di Malaysia, pengedaran dan penjualan kereta elektrik smart dikendalikan oleh Pro-Net, sebuah anak…
Berita Domestik
Oleh kerana itu, smart Malaysia berjaya mencatatkan kejayaan luar biasa apabila sebanyak 200 unit…