Ini fakta menarik tentang SUKE, boleh jimat masa tak?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lebuhraya Bertingkat Sungai-Ulu Kelang (SUKE)
Lebuhraya Bertingkat Sungai-Ulu Kelang (SUKE)
Para penduduk Lembah Klang sudah terbiasa dengan kesesakan jalan raya. Satu fakta yang kurang enak didengari namun hakikat yang perlu diterima.

Pertama sekali kita perlu fahami apa yang menyebabkan kesesakan?

Salah satunya ialah infrastruktur dan reka bentuk jalan raya yang tidak dapat menampung jumlah kenderaan pada satu-satu masa.

Sebagai contoh sekumpulan pemandu terperangkap atau terpaksa menunggu lama di lampu isyarat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lebuhraya Bertingkat Sungai-Ulu Kelang (SUKE)

 

Satu lagi contoh apabila jalan raya dua lorong mengecil kepada satu lorong dan senario mudah yang boleh diperhatikan setiap hari.

Bagaimana untuk mengatasinya? Perlu ada satu penyelesaian holistik dan satu daripadanya ialah lebuhraya penyuraian trafik.

Di sinilah Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) memainkan peranannya.

Mari kita baca fakta menarik tentang SUKE!

1. Jarak SUKE 24.4 kilometer

 

Lebuhraya Bertingkat Sungai-Ulu Kelang (SUKE)

 

Jarak SUKE sepanjang 24.4 kilometer bermula dari Sri Petaling dan berakhir di Jalan Hulu Kelang dan menjadi lebuh raya alternatif untuk Jalan Lingkaran Tengah 2 atau popular dikenali sebagai MRR2.

Melalui persimpangan yang dibuat sepanjang SUKE, pemandu tidak perlu lagi mengambil laluan yang perlu merentasi kawasan perumahan dan lampu isyarat.

Jarak SUKE memang panjang dan penduduk Lembah Klang pasti tahu tempoh yang perlu diambil apabila terperangkap di dalam kesesakan MRR2

2. Lalu atas atau jalan bertingkat!

 

Lebuhraya Bertingkat Sungai-Ulu Kelang (SUKE)

 

Seperti yang diperkatakan di awal tadi, satu daripada punca kesesakan trafik ialah reka bentuk dan kapasiti jalan yang kita lalu sehari-hari.

Laluan yang dulunya pekan atau taman kecil sudah menjadi pilihan utama ribuan pemandu yang terpaksa menunggu di sejumlah simpang dan lampu isyarat dan akhirnya menjadi punca kesesakan.

Tahukah anda? 90 peratus laluan SUKE dibina bertingkat dan baki di atas tanah!

Ini bermakna, pengguna tidak perlu melalui pelbagai lampu isyarat, persimpangan, bulatan, taman perumahan atau kampung di bawah.

Satu senario mudah yang boleh difahami, bayangkan penduduk dari Hulu Langat perlu melalui pekan Ampang yang kecil untuk ke KLCC.

3. Berapa banyak kesesakan dapat dikurangkan dan masa dijimatkan?

 

Lebuhraya Bertingkat Sungai-Ulu Kelang (SUKE)

 

Ini soalan yang penting kerana kita perlu tahu apa faedah SUKE dibina. 

Di laluan seperti MRR2, kesesakan dapat dikurangkan sehingga 30 peratus, 12 peratus di Jalan Loke Yew dan paling tinggi 36 peratus di Jalan Ampang pada waktu puncak.

Masa yang dapat dijimatkan dianggarkan sebanyak 25 minit dan menjadi laluan alternatif ke pusat bandaraya.

Bercakap tentang SUKE, elok rasanya ditumpukan kepada kawasan Ampang.

Pengguna dari Taman Kosas, Bukit Indah dan kawasan sekitar yang perlu ke pusat bandar Kuala Lumpur boleh menggunakan Persimpangan Kosas atau Persimpangan Ampang seterusnya melalui Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). 

Masa yang diperlukan adalah lapan minit dan lebih baik berbanding melalui jalan biasa.

4. Lebuhraya yang berhubung di antara satu sama lain!

 

Lebuhraya Bertingkat Sungai-Ulu Kelang (SUKE)

 

Satu perkara yang perlu dipuji tentang lebuh raya di Lembah Klang ialah bagaimana ia dirancang untuk bersambung atau bercantum di antara satu sama lain.

SUKE dibina supaya berhubung dengan lebuh raya seperti MRR2, DUKE, AKLEH, KL-Seremban, Cheras-Kajang, BESRAYA dan KESAS.

Melalui rangkaian tersebut membolehkan jarak yang jauh di antara satu bahagian ke satu bahagian lain dapat dihubungkan.

5. Struktur tertinggi dan rekod MBR!

 

Lebuhraya Bertingkat Sungai-Ulu Kelang (SUKE)

 

Pengguna yang biasa melalui beberapa bahagian SUKE pasti tahu kedudukannya yang begitu tinggi!

Malah, ada bahagian yang mencatatkan rekod di dalam Buku Rekod Malaysia (Malaysia Book of Records).

Sebagai contoh, super struktur tertinggi iaitu 56.4 meter merentasi laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan CKE.

Tanjakan helikoidal dengan bentuk lingkaran dua tingkat di persimpangan Cheras-Kajang pula adalah yang pertama seumpamanya di negara kita dan turut dicatatkan dalam MBR.

 

Lebuhraya Bertingkat Sungai-Ulu Kelang (SUKE)

 

Asyik bercerita tentang ciri menarik bagaimana pula dengan kemajuan projek?

Setakat akhir Ogos 2022, kemajuan pembinaan SUKE sudah pun mencecah 98 peratus. Maknanya tidak lama lagi la tu! Insya Allah.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Persimpangan yang dibina secara bertingkat sepanjang 1.5 kilometer itu bakal menyediakan akses…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata suspek merupakan…
Berita Domestik
Bayaran tol yang dikenakan untuk setiap plaza tol Ampang dan Bukit Teratai adalah seperti berikut: