Ini e-skuter Ducati, tiada bunyi, tiada isian minyak

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ini bukan kali pertama penulis membaca mengenai pengeluar kenderaan mempunyai produk e-skuter (skuter elektrik).

Jika sebelum ini syarikat kereta, kali ini penulis menerima berita dari pengeluar motosikal pula.

Lebih mengujakan apabila datangnya dari Ducati, jenama yang terkenal dengan motosikal berkuasa tinggi Panigale, Multistrada dan Diavel.

E-skuter pada masa sekarang bukan sekadar kenderaan rekreasi untuk ke taman atau ke kedai runcit tetapi menjadi pelengkap kepada rangkaian pengangkutan lebih besar.

Terma yang digunakan ialah first mile dan last mile. Ia digunakan sebagai kenderaan perantara misalnya dari rumah atau pejabat ke stesen bas atau tren berhampiran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Scrambler_Ducati_CROSS-E

 

Daripada jalan kaki, kenapa tidak gunakan e-skuter sahaja yang turut boleh digunakan sebagai kenderaan penghantaran makanan dan sebagainya.

Projek e-skuter ini sebenarnya dibuat di antara Ducati dan MT Distribution sebagai pemegang lesen dan rakan komersial.

MT Distribution adalah sebuah syarikat dari Itali yang mempunyai pengalaman beroperasi lebih dari 40 tahun di antaranya dalam bidang pengangkutan elektrik bandar (urban e-mobility).

Bukan satu tetapi tujuh model yang dirancang untuk dikeluarkan iaitu empat skuter elektrik dan tiga basikal lipat elektrik.

 

Ducati_PRO2

 

Skuter dan basikal itu akan menggunakan jenama Ducati, Ducati Corse dan Ducati Scrambler. 

E-skuter yang ditawarkan mempunyai motor elektrik dari 250W hingga 500W manakala e-basikal pula dilengkapi dengan motor paling tinggi dibenarkan undang-undang iaitu 250W.

Dua e-skuter terawal yang diperkenalkan pada Jun dan Julai ialah Cross-E dan Pro II.

Ducati Scrambler Cross-E

 

Scrambler_Ducati_CROSS-E

 

Cross-E dilengkapi tayar tanpa tiub anti bocor saiz 110/50 6.5" yang turut sesuai digunakan di jalan tidak rata dan bertanah.

Motor brushless yang dipasang mempunyai output kuasa 500W dengan pick-up meyakinkan untuk mula bergerak dan kawasan mendaiki.

Bateri 375 Wh pula boleh bergerak sejauh 30 hingga 35 km dengan kelajuan purata 15 km/j.

Ciri lain ialah dua lampu depan, tiga mod pemanduan dan paparan LCD saiz 3.5 inci.

Ducati Pro II

 

Ducati Pro II

 

E-skuter ini mempunyai motor brushless 350W dan bateri 280 Wh yang boleh digunakan sehingga jarak perjalanan 25-30 km.

Skuter ini dilengkapi suspensi belakang, tayar anti bocor 10 inci, brek elektrik depan dan cakera belakang dan skrin LCD saiz 3.5 inci. 

Berkenaan identiti, reka bentuk produk diberi perhatian oleh Pusat Reka Bentuk Ducati yang turut bekerjasama dengan Italdesign untuk basikal lipat elektrik.

Ini penting kerana seperti yang diketahui umum, Ducati adalah syarikat dengan reputasi tinggi.

Beberapa model yang ditawarkan akan dijual melalui pengedar dan juga kedai dalam talian Ducati manakala harga rasmi masih belum didedahkan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…