Ini dalaman Universe Mobile Office, pejabat bergerak dan bas mewah Hyundai!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai Universe Mobile Office
Hyundai Universe Mobile Office
Adalah perkara biasa untuk sesebuah syarikat kereta turut mengeluarkan bas sendiri. Di antaranya Hyundai Motor Company yang baru sahaja melancarkan Universe Mobile Office, varian bas penumpang mewah Universe untuk pasaran Korea.

Bas ini direka sebagai pejabat bergerak dan boleh digunakan di lokasi terpencil.

Hyundai Motor membangunkan Universe Mobile Office untuk menjadikan bas sebagai sebuah penyelesaian mobiliti pintar dan bukan setakat pengangkutan sahaja.

Melalui bas ini, Hyundai mahu menerajui segmen pengangkutan ramai dengan menyediakan penyelesaian khusus yang mengangkat kerja luar ke peringkat lebih tinggi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Hyundai Universe Mobile Office

 

Banyak kegunaan bas sebegini sebagai contoh pejabat sementara, program jelajah, acara sukan dan sebagainya.

Dari luar, rekaan bas ini ringkas sahaja namun tampil mewah di dalam.

Hyundai mengggunakan konsep keharmonian garisan lurus dan lengkung bagi mewujudkan suasana pejabat terbuka dan mempunyai tiga kawasan tempat duduk yang berbeza.

 

Hyundai Universe Mobile Office

 

Bahagian depan dan belakang disediakan tempat perbincangan manakala bahagian tengah dipasang kerusi individu yang nampak selesa dan ala kubikel kerja.

Turut disediakan sistem persidangan video, meja perbincangan boleh lipat dan ruang simpanan barang.

Suasana dalaman tampak tenang dengan lantai berlamina dalam warna lembut dan turut dilengkapi bidai tingkap separa automatik.

 

Hyundai Universe Mobile Office

 

Universe Mobile Office ditawarkan di dalam berapa pilihan iaitu sepuluh tempat duduk (standard) dan 13 tempat duduk (12+1) dengan ruang perbincangan di depan.

Lagi pilihan ialah 13 tempat duduk (12+1) dengan tambahan ruang pejabat dan 13 tempat duduk (11+1+1) yang mempunyai konfigurasi kerusi berasingan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…