Ini casis EV kos rendah, dibangunkan sebagai alternatif Tuk-Tuk

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pengangkutan yang murah dan cekap adalah di antara elemen utama di dalam pembangunan ekonomi dan sosial.

Ada yang gunakan untuk ke tempat kerja, belajar dan pelbagai lagi tujuan dalam memenuhi kehidupan seharian.

Disebabkan itu kerajaan di serata dunia melabur dengan jumlah yang besar untuk pengangkutan dan ekosistemnya.

Satu jenis pengangkutan yang ringkas, murah dan popular ialah Tuk-Tuk seperti boleh dilihat di beberapa negara di Asia.

Menggantikannya dengan jenis pengangkutan baharu tidak mudah kerana faktor ekonomi dan kebergantungan pengusahanya dalam mencari rezeki.

Daripada menggantikannya, kenapa tidak ditambah baik apa yang ada?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
LCEV Chassis

 

Sebuah syarikat dari United Kingdom (UK) iaitu D2H kini menerajui sebuah konsortium bagi mereka bentuk casis kenderaan elektrik kos rendah dan inovatif sebagai alternatif kepada Tuk-Tuk.

D2H adalah rakan peneraju konsortium yang didanai oleh skema IDP15 Innovate UK untuk penyelidikan teknologi kenderaan bagi mempercepatkan peralihan kepada kenderaan sifar emisi di UK dan peringkat global.

Di antara rakan kerjasama dalam projek ini ialah Coventive Composites yang membangunkan polimer termoplastik gentian semula jadi berasaskan rami (jute) dan Warwick Manufacturing Group (WMG) yang membantu dalam proses kerja untuk pengeluaran.

Menurut Pengarah Kejuruteraan D2H, Matthew Hicks, kajian reka bentuk terperinci telah dibuat bagi menghasilkan casis baharu yang dapat dibina di pasaran tempatan menggunakan bahan dan proses pengeluaran ringkas untuk diaplikasikan. 

 

LCEV Chassis

 

Tambah Matthew Hicks lagi, rami yang digunakan mudah didapati di pasaran sasaran dan ianya juga ringan dan agak kuat.

Jika dibandingkan dengan logam, termoplastik bertetulang gentian mengurangkan masa kitaran pembuatan dan keperluan tenaga.

Ianya juga membolehkan perincian yang tinggi dapat dibentuk melalui acuan.

Casis yang dihasilkan pula secara majoritinya menggunakan pemasangan lekatan (bonded assembly).

Dari segi piawaian, reka bentuk tersebut memenuhi klasifikasi L7E Heavy Quadricycle EU dan sekarang ini dikecualikan daripada penilaian ujian pelanggaran.

Bagaimanapun, dari segi reka bentuk ia satu perkara jelas untuk kenderaan baharu meningkatkan lagi standard keselamatan di dalam segmennya.

 

LCEV Chassis

 

Dari segi rangkaian kuasa (powertrain) pasukan pembangunan mensasarkan keupayaan dan penyejukan bagi tempoh penggunaan 12 jam berterusan.

Ini adalah kenderaan utiliti dengan tempoh penggunaan yang panjang dan amat penting rangkaian kuasa dapat menyokong kegunaannya malah ia satu ciri kritikal.

D2H merancang untuk memasuki peringkat prototaip dan ujian dengan bantuan rakan kerjasama selanjutnya. 

Idea dan perancangan ini sebenarnya bagus dan mempunyai nilai yang lebih tinggi dari segi komersial. Ia adalah objek atau platform dalam pembangunan sosio ekonomi sesebuah negara.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags