Ini cara Metrologis Bugatti bekerja, periksa kualiti, cari punca ukuran lari!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bugatti Centodieci
Bugatti Centodieci
Satu aspek tentang kereta ultra premium ialah kualiti yang didatangkan bersama dan setiap kereta hiper sport keluaran Bugatti dibuat dengan komitmen untuk kesempurnaan.

Bagi mencapai matlamat itu, siapa yang bertanggungjawab? Apa kaedah yang digunakan?

Di Bugatti, seorang pakar memastikan pematuhan kepada standard dengan pengukuran yang begitu teliti supaya setiap unit kereta beraksi dengan cemerlang.

Maklumlah, kereta Bugatti bukan dibuat untuk dipandu secara perlahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Bugatti Centodieci

 

Satu perkara yang perlu diketahui, setiap kereta keluaran Bugatti tidak sama kerana dibuat mengikut permintaan pelanggan.

Tugas pemeriksaan digalas pakar metrologi Bugatti, Grégoire Haller-Meyer.

Beliau bertanggungjawab terhadap pengukuran dan analisa kesemua komponen dan peletakan yang optimal bagi memastikan pemasangan sempurna.

Beliau juga perlu menyiasat mengapa komponen kereta tidak mematuhi standard toleransi teknikal dan estetik Bugatti.

 

Bugatti Metrology

 

Menurut Grégoire, beliau perlu mencari punca mengapa jurang di antara dua komponen tidak menepati tolerans walaupun hanya satu milimeter.

Tambah beliau, perbezaan tersebut mungkin menghasilkan bunyi asing pada kelajuan tinggi. 

Dari situ boleh difahami mengapa kereta Bugatti perlu teliti dan sempurna kerana sesebuah model keluarannya boleh mencecah lebih 400 kilometer sejam (km/j)!

Metrologi adalah satu daripada cabang fizik dan turut berkait dengan kajian saintifik tentang pengukuran, dimensi yang tepat dan pelbagai alat dan kaedah pengukuran.

 

Bugatti Metrology

 

Bagi melaksana tugasan, Grégoire menggunakan alat manual klasik dan pengimbas tiga dimensi canggih dan berketepatan tinggi sehingga 0.005 milimeter.

Bersama perisian yang digunakan di dalam industri aeroangkasa, beliau menghasilkan data untuk menganalisa kualiti, gred, tolerans dan ukuran sesebuah komponen. 

Apabila sesebuah komponen tidak kira kecil atau sebesar panel pintu berbeza daripada binaan atau pemasangan, Grégoire akan mula membuat analisa bagi mencari punca.

Kerja beliau bermula dari menganalisa keseluruhan kereta dan bagaimana ia dipasang bagi mengenal pasti punca ketidakpatuhan standard.

 

Bugatti Metrology

 

Grégoire turut bekerja rapat dengan jurutera dan pakar pemasangan untuk menguruskan setiap kes. 

Beliau menggunakan kaedah analitikal yang begitu teliti sebelum menyampaikan dapatannya.

Beliau kemudian berbincang dapatan tersebut dengan jurutera Bugatti yang turut bekerjasama dengan pakar dalaman atau pembekal bagi mencari penyelesaian.

Penyelesaian itu mungkin melibatkan penggantian atau penyesuaian sesebuah komponen. 

 

Bugatti Metrology

 

Kerja masih belum tamat dan Grégoire akan memastikan perbezaan tersebut diselesaikan dan tidak berulang.

Untuk membuat analisa dimensi yang sebegitu teliti, seorang metrologis memerlukan pengetahuan asas tentang prinsip geometri dan matematik.

Mereka juga perlu mempunyai pemahaman mendalam tentang proses pengeluaran dan pemasangan serta kemahiran dalam segmen mewah dan bahan-bahannya.

 

Bugatti Metrology

 

Kepakaran dan kemahiran sebegitu digunakan untuk kesemua model Bugatti sama ada berjumlah tinggi seperti Chiron atau projek khas Centodieci dan La Voiture Noire.

Sama seperti kereta lain, model buatan Bugatti mempunyai empat tayar, lampu isyarat membelok, pengelap cermin dan sebagainya.

Apa yang berbeza ialah usaha, tumpuan, masa dan ketelitian. Anda membayar untuk semua perkara tersebut dan segala kehebatan dan prestijnya!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Bugatti Centodieci

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sewaktu dilancar pada 1924, Type 35 hadir dengan pelbagai inovasi teknikal yang telah…
Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Berita Global
  Dibekalkan kuasa tinggi dan sebagai sebuah kereta litar hiper, Bolide menggunakan monokok…