Ini bukan Volvo; ini ialah Polestar 1

oleh ONNY IZWAN|

Sudah terdedah setelah lama dunia permotoran tertunggu-tunggu akan rupa kereta keluaran pertama Polestar, jenama kereta sport talaan istimewa Volvo. 

PS1

 

Polestar 1 ialah kereta 592 bhp jenis GT coupé empat tempat duduk berkuasa hibrid, yang akan menjadi mercu tanda jenama itu dan produknya yang pertama yang dibezakan dari barisan Volvo.

 

PS2

PS3

Ia akan dijual dengan cara baharu, iaitu dengan cara langganan sahaja. 

PS4

“Polestar akan menjadi jenama baharu yang dihubungkait dengan strategi besar Volvo Group. Kami ingin menjadi syarikat kereta elektrik terkemuka, dan Polestar memainkan peranan penting dalam strategi ini,” kata ketua pegawai eksekutif Volvo, Hakan Samuelson.

PS5

 

Ia dijangka akan dikeluarkan pada pertengahan tahun 2019. Polestar bakal menjadi saingan bagi jenama seperti Tesla, yang bermula dengan saingan Tesla Model 3, selepas itu sebuah SUV. 

PS6

 

Polestar 1 atau 1, akan dijana oleh dua motor elektrik yang menjalankan tayar belakang, menghasilkan kombinasi kuasa 215 bhp dengan bantuan pemula dan generator bersepadu. 

PS9

PS7

PS8

Ia akan menpunyai jarak perjalanan sekitar 149 km ketika berada pada fungsi elektrik sepenuhnya. Sistem elektrik ini akan bekerja dengan enjin petrol Volvo Drive-E 2.0-liter empat silinder, yang menghantar 377 bhp ke tayar depan. Apabila kedua-dua kuasa penjanaan digunakan sebagai penjanaan hibrid, ia akan menghasilkan 999 Nm tenaga tork. 

 

PS10

 

Rekaan 1 ini mencedok rekaan Volvo Concept Coupé, yang ditampilkan pada tahun 2012. Dari hadapan, ia mengekalkan rupa gril Volvo, dengan lencana Volvo dihapuskan, dan logo Polestar diletakkan didepan bonnet.

 

Dari segi teknologi pembinaan, 1 menggunakan Scalable Platform Architecture dari Volvo, dengan kebanyakan bahagian badan kereta dibuat dari gentian karbon, menurunkan berat sebanyak 230 kg secara keseluruhan dan meningkatkan tahap keteguhan sebanyak 45%. Dari segi ukuran, ia sepanjang 4.5 meter (0.5 meter lebih pendek dari S90).

 

Hanya 500 unit 1 akan dibuat setahun. Dan hanya terdapat dalam bentuk left-hand drive. Ia juga akan dibina dikilang Polestar di Chengdu, China.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Malah, Volvo juga turut tidak mempatenkan hasil ciptaan tali pinggang keledar tiga poin yang muncul…
Berita Domestik
Volvo SELEKT menjanjikan pengalaman premium untuk pelanggan di mana setiap kereta di bawah program…
Berita Global
Namun, apakah logik dan rasional di sebalik had laju 180 km/j itu? Dalam satu temubual yang…