Ini bahagian depan Mitsubishi Pajero Sport dengan gaya Dynamic Shield baharu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mitsubishi Pajero Sport sudah memasuki tahun keempat sejak pelancarannya di Thailand dan kemudian beberapa negara di Asia Tenggara namun model ini tidak kunjung tiba di pasaran tempatan.

Tahun lalu ada nampak sinar apabila model ini ditemui Puspakom Wangsa Maju dan kemudian senyap begitu sahaja.

Untuk rekod, pesaing lain seperti Toyota memasarkan Fortuner, Ford mempunyai Everest manakala Isuzu pula melalui MU-X.

Cuma satu perkara ialah walaupun model tersebut diasaskan daripada ladder frame seperti pikap namun harganya jauh berlipat kali ganda memandangkan ia berada di dalam segmen SUV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Mitsubishi Pajero Sport

Nampaknya negara kita tidak akan ditawarkan dengan Pajero Sport memandangkan Mitsubishi Motors Corporation (MMC) baru sahaja mengedarkan selingan gambar hadapan model baharu yang akan dilancarkan di Thailand pada 25 Julai depan.

Pajero Sport yang diperkenalkan pada tahun 2015 sudah pun tampil menarik dengan gayaan Dynamic Shield dan model baharu nampaknya terus mengekalkan konsep sama dan mirip kepada Xpander, Delica dan Triton.

Lampu depan terbahagi kepada dua pada bahagian atas dan bawah yang tampak lebih premium dengan nyalaan LED dan lampu pencahayaan siang (DRL). Gril pula lebih tebal dengan tiga bilah mengapit logo berlian Mitsubishi.

Terdapat beberapa lagi perubahan lain dan MMC hanya menyatakan secara umum iaitu pada ciri-ciri keselesaan, kualiti dan kemudahan.

Mitsubishi Pajero Sport

Pajero Sport adalah sebuah SUV lasak yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan canggih seperti Forward Collision Mitigation System, Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (mengelak daripada tersalah memijak pedal) dan Amaran Titik Buta.

Selepas pelancaran model baharu di Thailand hujung bulan ini tidak dapat dipastikan sama ada ia bakal ditawarkan di negara kita.

Pada tahun 2011, Mitsubishi Pajero Sport generasi pertama dilancarkan di pasaran tempatan dengan harga RM167,000.

Walaupun Pajero Sport generasi kedua tiada di negara kita, penawaran SUV tujuh tempat duduk ditebus melalui penjualan Mitsubishi Outlander.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, pihaknya telah…
Berita Global
Untuk pasaran Russia, Pajero Sport AT35 kini sudah boleh ditempah dengan keupayaan off-road yang…
Berita Global
Namun, menerusi satu gambar intipan yang diperoleh daripada Autoweek Belanda, sebuah trak pikap…