Ini adalah trak pikap F-150 paling pantas di dunia - 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, segmen trak pikap kini berubah menjadi sebuah segmen yang mampu menyaingi prestasi supercar dan juga hot hatch.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Manakan tidaknya, sebuah syarikat penala Roush mendakwa trak pikap talaan mereka, Nitemare F-150 dengan kuasa setinggi 650 hp itu adalah trak pikap terpantas di dunia. 

Ia mampu memecut dari 0-96 km/j dalam masa hanya 3.9 saat sahaja, menjadikannya satu rekod baharu untuk trak pikap produksi.
 


Rahsia di sebalik prestasi F-150 yang serba pantas di jalan yang lurus ini ialah enjin 5.0 liter bentangan V8 yang menerima komponen pengecas lampau ROUSHcharged TVS R2650 dan diakhiri dengan sistem ekzos cat-back. 

Selain daripada itu, ECU enjin juga turut ditala semula bagi memberikan angka 650 kuasa kuda dan 826 Nm daya kilas. 

Menariknya, sebelum trak pikap Roush itu berjaya mencatatkan rekod 3.9 saat, para jurutera telah menggunakan tetapan yang berbeza pada Nitemare F-150 SuperCrew itu dan berjaya mendapatkan angka 4.1 saat. 

Namun, sebuah trak ujian (dengan spesifikasi yang sama dengan Nitemare 4x4 Regular Cab dikatakan berjaya memecahkan batasan 4.0 saat dengan catatan masa rasmi 3.9 saat. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…