Ini adalah masa terbaik untuk anda sambar kereta BMW baharu!

oleh Mohamad Hanif|
Sudah beberapa hari sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021 membuka tirainya dan sudah pasti ada di antara kita yang sudah pun mula menghias rumah demi menyambut kehadiran perayaan setahun sekali itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak kurang juga yang sudah pun mula menjalankan kajian untuk mendapatkan kereta baharu.

Usah buang masa, ini memang masa yang terbaik untuk anda mendapatkan sebuah BMW serba baharu, bukan sahaja bergaya, mewah, dan moden, saudara-mara anda pun akan terpegun melihatnya.

Kenapa kami katakan begitu?

Menerusi promosi #ArtistryofJoy, BMW Malaysia menawarkan kadar rebat yang sangat lumayan sehingga RM120,000, kadar faedah pembiayaan yang rendah, ditambah pula dengan pengecualian cukai SST sehingga 30 Jun ini.


Tidak percaya?

 

 

BMW 740Le xDrive yang baharu sahaja dilancarkan turut menerima keistimewaan pengecualian cukai jualan SST daripada kerajaan Malaysia disebabkan statusnya sebagai kenderaan pemasangan tempatan (CKD) terbaharu dari BMW Malaysia.
 
Jadi, dengan harga jualan bermula dari RM569,052.87 yang lengkap dengan pakej servis dan lanjutan waranti, anda boleh menikmati penjimatan sehingga RM29,747.13 untuk sebuah sedan yang sungguh selesa.

Selain daripada itu, BMW Malaysia turut memberikan rebat tambahan sehingga RM45,000, serta kadar faedah pembiayaan serendah 0.77 peratus.

Lebih penting, setiap pembelian akan disekalikan dengan pakej BMW i Wallbox dan BMW ChargeNow Card secara percuma yang bakal memudahkan proses pengecasan bagi sedan plug-in hybrid anda.

 


Tidak terhad kepada sedan 740Le xDrive, anda juga boleh dapatkan promosi menarik untuk model-model lain yang lebih berpatutan seperti BMW 218i Gran Coupé M Sport (rebat sehingga RM5,000), atau BMW 330e M Sport yang menawarkan rebat sehingga RM10,000.

Bagi mereka yang mencari sebuah pakej yang lebih berprestasi tinggi dan praktikal, anda boleh mendapatkan BMW X4 M Competition yang kini ditawarkan dengan potongan rebat sehingga RM80,000!

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan di bawah:
https://www.bmw.com.my/en/topics/discover/exclusive-offers/artistry-of-joy.html