Ingress Swede Automobile bakal kendali pusat 3S baharu Volvo di Damansara

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia mengumumkan pelantikan Ingress Swede Automobile Sdn Bhd, sebuah subsidiari di bawah Ingress Corporation Berhad sebagai rakan pengedar baharu kenderaan premium tersebut.

Pelantikan ini bakal menyaksikan pembukaan pusat pameran bertaraf 3S di Damansara bagi memberikan khidmat servis, jualan dan alat ganti kepada pelanggan di sekitar kawasan berkenaan. 

Menurut Mohd Azeman Mohamed Akram dari Ingress Swede Automobile, "dengan sejarah penglibatan divisyen pengedaran automobil Ingress Corporation Berhad lebih daripada tempoh sedekad, kami yakin mampu memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan."

Butiran lanjut berkenaan pelancaran pusat pameran Volvo terbaharu di Damansara akan diumumkan dalam masa terdekat. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dioperasikan oleh rakan jualannya, iRoll Ipoh Sdn Bhd, pusat pameran 3S ini mempunyai lokasi yang…
Berita Domestik
Dioperasikan oleh Eng Kee Commercial Vehicles Sdn Bhd, pusat pameran 3S Hino ini yang terletak di…
Berita Domestik
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Perdangangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna,…